Sabtu, 24 November 2012

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS

24/11/2012- Seramai 15 orang penghuni sihat telah dibawa ke Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis di Denai Larian Pengkalan Assam yang terletak di pinggir Sungai Perlis itu, pelbagai kegiatan diadakan termasuk senam seni warga emas dan pameran jabatan dan agensi selain pameran kereta lama dan skuter. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu telah merasmikan sambutan Hari Warga Emas 2012 peringkat negeri Perlis tersebut. Bekas guru, Zain Othman, 80 yang merupakan seorang aktivis masyarakat diumumkan sebagai ikon warga emas lelaki manakala bekas guru yang kini seorang usahawan, Azizah Md Taib, 79, diumum sebagai ikon warga emas wanita pada sambutan itu.

LAWATAN AMAL UUM

 24/11/2012 - Sebuah Lawatan Amal dari Biro Kerohanian Dan Sahsiah (BKS) di bawah Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) DPP Petronas yang disertai 40 orang mahasisa dan mahasiswi dan seorang pensyarah telah berlangsung dengan jayanya dibawah seliaan Cik Flora Santi Tahil. Antara aktiviti yang muatkan adalah program gotong-royong, ramah mesra, slot motivasi dan persembahan seni.

CERAMAH MAAL HIJRAH OLEH UNISZA

23/1/2012 - Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebuah IPTA yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman telah menganjurkan sebuah ceramah sempena Ma'al Hijrah di Dewan Seri Kenangan Kangar yang dihadiri oleh penghuni-penghuni warga emas dan kakitangan bertugas sebagai sebuah program pengisian rohani.

Jumaat, 16 November 2012

SAMBUTAN DEEPAVALI





15/11/2012 - Ahli Lembaga Pelawat, En. S.Sreetharan bersama ahli keluarga dan ahli M.I.C telah datang membawa kuih muih, pakaian dan duit raya kepada warga emas RSK Kangar sempena Perayaan Diwali. Turut hadir memeriahkan majlis, Pengerusi M.I.C Negeri Perlis.

Selasa, 13 November 2012

SAMBUTAN HARI WARGA TUA PERINGKAT INSTITUSI










12/11/2012 - Sebuah majlis Sambutan Hari Warga Tua peringkat institusi telah dianjurkan oleh Lembaga Pelawat RSK Kangar yang memuatkan program seperti kuliah magrib oleh penceramah jemputan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, jamuan makan malam, persembahan kebudayaan, dan sumbangan wang saku serta cenderahati.

Khamis, 8 November 2012

PENILAIAN EDIBLE GARDEN JKMM 2012










 

 7hb November 2012- Seramai 2 orang panel Edible Garden JKMM yang datang membuat penilaian markah di tapak projek edible garden RSK Kangar. Mereka terdiri dari Hezleen bt Hassan (Bahagian Penyelarasan Hal Ehwal Antarabangsa dan Keurusetiaan , JKMM), Che Ngah b. Ismail (Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat , JKMM).

Rabu, 7 November 2012

RAWATAN PENYAKIT KULIT

6/11/2011 - 5 orang kakitangan unit Dermatologi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang diketuai Dr. Hassanin Husseyne Hilmi Bin Mohd Khalid dan Dr. Sharifah Farihah Bt Syed Abas telah datang ke Klinik RSK Kangar untuk membuat saringan pemeriksaan penyakit kulit bagi 30 orang penghuni dengan diseliakan oleh Pn. Zakiah Musa, Pn. Chitra Majesparan dan Cik Siti Sapur Md Fauzi.

Selasa, 6 November 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAHSA UNIVERSITY COLLEGE















6/11/2012 - Seramai 72 orang pelatih jururawat MAHSA University College dari pusat pembelajaran Kuin Alor Setar, Kedag bersa,a 6 orang pengiring telah datang membuat lawatan sebagai pendedahan kepada penjagaan warga tua. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah sukaneka warga emas, gotong royong dan sesi ramah mesra.

Ahad, 4 November 2012

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI












3-4/11/2012 - Seramai 8 orang penghuni dengan diiringi 12 orang kakitangan pengiring telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi sebagai sebuah aktiviti rekreasi ke tempat-tempat menarik bagi riadah minda warga emas.

Sabtu, 3 November 2012

FESTIVAL BIMBINGAN SENI BUDAYA








 
 
3/11/2012 - Sempena Festival Bimbingan Seni Budaya & Penyerlahan Bintang-Bintang JKKN Perlis 2012 bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Perlis. RSK Kangar telah membawa 9 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan bagi menyaksikan persembahan yang penuh warna-warni dan muzikal tersebut.