Selasa, 29 Januari 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH













28/1/2013 - Sebuah ceramah agama telah dianjurkan oleh Biro Agama Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah bertempat di bilik mesyuarat RSKK yang disampaikan oleh Ustad Ahmed Bin Hashim, Imam Masjid Al-Istiqomah, Teluk Jambu.

Jumaat, 25 Januari 2013

GOTONG-ROYONG EDIBLE GARDEN







24/2/2013 - Jawatankuasa Edible Garden RSK Kangar telah mengadakan gotong-royong pertamanya pada tahun ini bagi mewujudkan tapak edible garden di halaman Dewan Seri Kenangan dan di belakang Dewan Makan.

Khamis, 24 Januari 2013

OPERASI PEMBASMIAN PEPIJAT









23/1/2013 - Sebuah operasi pembasmian pepijat telah dibuat di asrama Rafflesia yang menempatkan penghuni sihat dan boleh berdikari dengan sendiri. Penyelenggaraan menyeluruh seperti; merebus cadar dan selimut, pembersihan bantal, membasuh katil dan menyembur racun pepijat telah dilakukan oleh atendan bertugas dengan sistematik.

Jumaat, 18 Januari 2013

GOTONG ROYONG PERDANA RSK KANGAR










 
17/1/2013 - RSK Kangar telah mengadakan gotong royong perdana bagi membersihkan serta menceriakan beberapa lokasi di RSK Kangar. Di antara lokasi yang terlibat ialah sekitar Kawasan Nurseri dan Kawasan Edible Garden, Dataran RSK, pondok-pondok wakaf dan beberapa kawasan lain. Manakala petugas di asrama-asrama bergotong-royong membersihkan katil dan almari penghuni sebagai salah satu operasi membasmi pepijat.

Ahad, 13 Januari 2013

RIADAH KE WANG KELIAN














13/1/13 - Seramai 13 orang penghuni sihat dengan diiringi 8 orang pegawai pengiring telah mengadakan rekreasi penghuni ke pasar sehari eko-pertanian Wang Kelian. Penghuni dibawa untuk membeli barang-barang keperluan harian dan makan tengahari di Kedai Pulut Ayam Mak Teh, di Arked Niaga, Padang Besar.

Sabtu, 12 Januari 2013

KUNJUNGAN ZIARAH KAKITANGAN SAKIT






11/1/2013 - Tuan Penguasa bersama-sama 11 orang kakitangan RSK telah membuat kunjungan ziarah ke atas atendan kesihatan En. Roshidi Rahman yang cuti sakit kerana masalah jantung.