Khamis, 28 Februari 2013

AKTIVITI EDIBLE GARDEN RSK









28/2/2013 - Kumpulan edible garden RSK menyediakan batas-batas tanaman baru di tapak projek dan menyediakan tapak tanaman serai dan kunyit di belakang dewan makan.

Disamping itu Kumpulan Edible Garden telah melancarkan laman facebook mereka. Klik disini untuk melayarinya.

REKREASI PENGHUNI DI PADANG BESAR











27/2/2013- Seramai 11 orang penghuni dengan diiringi 6 orang kakitangan RSK Kangar telah berangkat ke Arked Niaga Padang Besar sebagai sebuah aktiviti rekreasi penghuni. Penghuni dibawa minum petang di medan makan dan membeli belah barang-barang keperluan harian di Arked Niaga tersebut.

Jumaat, 22 Februari 2013

GOTONG-ROYONG EDIBLE GARDEN












21/2/2013 - Pembinaan reban ayam untuk ternakan ayam kampung Edible Garden RSK Kangar telah sampai ke peringkat akhir. Manakala tebu di sebelah Dewan Seri Kenangan telah dituai dan dimesin untuk jamuan makan tengahari kepada penghuni.

Rabu, 20 Februari 2013

LAWATAN DELEGASI HUACHIEW CHALERMPRAKIET UNIVERSITY, THAILAND














20/2/2012 - Faculty of sosial work and social welfare, Huachiew Chalermprakiet University  yang terletak di Samut Prakan, Thailand yang beroperasi sejak 1941 telah mengadakan lawatan ke RSK Kangar.

JAMUAN MAKAN MALAM TAHUN BARU CINA DI PUTRA BRASMANA HOTEL












19/2/2012 - Lembaga Pelawat RSK Kangar telah menganjurkan sebuah majlis makan malam dan persembahan sempena Tahun Baru Cina di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.