26/11/2013 - Skuad 1 Malaysia, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Negeri Perlis telah menganjurkan sebuah aktiviti kecergasan dan sukaneka kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau dan Rumah Seri Kenangan Kangar yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah.
Rabu, 27 November 2013
OPERASI PEMBASMIAN PEPIJAT SIRI-3
26/11/2013
-RSK Kangar bersama Unit Kawalan Vektor, Hospital Tuanku Fauziah
menjalankan gotong-royong dan operasi pembasmian pepijat siri-2 di dua buah lagi asrama. Penerangan mengenai kaedah kawalan, pembiakan dan jangka hayat pepijat turut diberikan oleh inspektor kesihatan bertugas untuk perancangan program pencegahan di masa akan datang.
Rabu, 20 November 2013
OPERASI PEMBASMIAN PEPIJAT SIRI-2
23/11/2013 -RSK Kangar bersama Unit Kawalan Vektor, Hospital Tuanku Fauziah menjalankan gotong-royong dan operasi pembasmian pepijat di asrama-asrama bagi meningkatkan kualiti kebersihan dan keselesaan penghuni.
Selasa, 19 November 2013
OPERASI PEMBASMIAN PEPIJAT SIRI-1
19/11/2013 - Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Hospital Tuanku Fauziah yang diketuai oleh En. Zoharizan telah mengadakan pemeriksaan pembiakan pepijat di asrama-asrama kediaman penghuni RSK Kangar di atas aduan pihak pentabdiran RSK Kangar sendiri bagi mencari jalan penyelesaian masalah terbabit.
Isnin, 18 November 2013
TAKLIMAT HEPATITIS B DAN C
18/11/2013 - Dr. Abdul Karim Abdullah, selaku salah seorang ahli lembaga pelawat RSK Kangar hadir memberi taklimat mengenai pengendalian penghuni berpenyakit Hepatitis B dan C. Taklimat disampaikan di bilik mesyuarat kepada semua kakitangan bertugas.
Rabu, 13 November 2013
SARINGAN PEMERIKSAAN KULIT
12/11/2013 (Selasa) - 5 orang kakitangan unit Dermatologi, Hospital
Tuanku Fauziah, Kangar yang diketuai Dr. Hassanin Husseyne Hilmi Bin
Mohd Khalid dan Dr. Sharifah Farihah Bt Syed Abas telah datang ke Klinik
RSK Kangar untuk membuat saringan pemeriksaan penyakit kulit bagi 15
orang penghuni dengan diseliakan oleh Cik Azwin Idris dan Cik Siti Sapur Mohd Fauzi dan Pn. Ismawani
Ismail.
LAWATAN SMK MEGAT DEWA
12/11/13 - Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, Kedah telah mengadakan lawatan dan program kemasyarakatan ke RSK Kangar yang membabitkan 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Biro Agama Islam telah menganjurkan sebuah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Islam sebagai memenuhi objektif lawatan ini.
Selasa, 12 November 2013
PROGRAM KULIAH MAGRIB PERDANA
11/11/2013- Biro Agama Islam RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Kuliah Magrib Perdana yang bertempat di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar yang disampaikan oleh Ustaz Roslan Che Ros. Kuliah disudahi dengan jamuan makan malam bersama penghuni dan warga kampung berdekatan yang hadir menjayakan program ini.
Langgan:
Catatan (Atom)