29/1/2014- Aktiviti Keceriaan Institusi pada tahun ini dimulakan di Asrama Mawar dan Anggerik yang menempatkan warga emas uzur dan terlantar.
Rabu, 29 Januari 2014
Selasa, 28 Januari 2014
MAJLIS TAHLIL DAN KENDURI KESYUKURAN
27/1/2014- Penghuni, Pn. Ramlah Bt Ahmad dengan kerjasama Biro Agama Islam RSK Kangar telah menganjurkan sebuah majlis tahlil dan kenduri kesyukuran yang disertai oleh semua warga emas sihat dan kakitangan bertugas.
Ahad, 26 Januari 2014
KHIDMAT MASYARAKAT MRSM KUBANG PASU
25/1/2014 - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Daerah Kubang Pasu, Kedah telah mengadakan sebuah Program Khidmat Masyarakat di RSK Kangar yang memuatkan aktiviti gotong-royong dan sesi ramah mesra bersama penghuni. Seramai 108 orang pelajar diiringi oleh 2 orang guru telah menyertai program ini.
Rabu, 22 Januari 2014
SEMINAR PENGHAYATAN MAULIDUR RASUL
21/1/2014 - Biro Agama Islam RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Seminar Penghayatan Maulidur Rasul yang memuatkan majlis marhaban, kuliah agama dan sesi soal jawab agama.
Khamis, 16 Januari 2014
MUZIK TERAPI
15/1/2014 - Sesi terapi muzik kepada penghuni di Klinik RSK Kangar yang di kendalika oleh En. Roslan Bidin dan PPM En. Noorhisham Kawardin telah dimulakan semula setelah ditangguhkan selama setahun kerana ketiadaan tenaga pengajar dan konduktor.
Jumaat, 10 Januari 2014
KAWASAN ISTIREHAT PENGHUNI WANITA
9/1/2013 - Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) wanita bergotong-royong menyediakan sebuah halaman istirehat dan riadah kepada penghuni wanita di asrama Mawar.
Khamis, 9 Januari 2014
BENGKEL KRAFTANGAN PENGHUNI
8/1/2013 - Bengkel anyaman telah beroperasi semula setelah mendapat khidmat tenaga pengajar En. Roslan Bidin. Penghuni telah memilih untuk menjalankan produk anyaman produk tudung saji.
Langgan:
Catatan (Atom)