Rabu, 28 Oktober 2015

LAWATAN SMK SIMPANG KUALA







27/10/2015 - SMK Simpang Kuala, Kedah telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar dengan disertai oleh 60 orang pelajar dan 5 orang guru.

GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN ASRAMA

















27/11/2015- RSK Kangar telah mengadakan gotong-royong di Asrama Anggerik yang menempatkan penghuni uzur lelaki. Program gotong-royong ini diadakan atas saranan tuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bagi meningkatkan tahap kebersihan penghuni terlantar.

Jumaat, 23 Oktober 2015

LATIHAN TERAKHIR KONTIJEN JKMN PERLIS









23/10/2015 - Kontijen JKMN Perlis melakukan latihan terakhir bagi pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran peringkat jabatan dengan disaksikan oleh Tuan Pengarah JKMN Perlis. Segala persiapan dan latihan telah dilakukan dengan baik dan bakal memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain. 

Rabu, 21 Oktober 2015

KHIDMAT MASYARAKAT MRSM BESERI










20/10/2015 - Maktab Rendah Sains Mara Beseri telah menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat di RSK Kangar untuk Program MIGTY bagi menerapkan dalam diri pelajar-pelajar rasa kesedaran dan lebih menghargai warga emas serta ibu bapa. Seramai 124 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring telah terlibat dalam program yang berlangsung seharian di Kompleks Penyayang ini.

Ahad, 4 Oktober 2015

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015















2-3/10/2015 - 5 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan telah dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan dan Hari Kanak-Kanak Sedunia Tahun 2015 yang berlangsung di PERSADA International Convention Centre, Johor Bahru.


Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menyeru masyarakat supaya menyayangi golongan warga emas dan kanak- kanak.

Dalam titah perasmian, baginda menzahirkan perasaan sedih mendengar berita berkaitan warga emas yang hidup dalam keadaan daif, tidak dipedulikan anak-anak dan tinggal di rumah usang dan sebagainya. 

“Begitu juga dengan nasib kanak-kanak yang didera, diabaikan dan bayi yang dibuang,” titah baginda ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga Emas dan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, semalam. 

Turut hadir isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustamam dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 

Raja Zarith Sofiah turut memuji penganjuran majlis bertema 'sayang kamu' yang julung kali diadakan di Johor kerana kehadiran ramai golongan warga emas dan kanak-kanak sebagai petunjuk positif sokongan padu masyarakat terhadap usaha-usaha meningkatkan semangat perpaduan khususnya rakyat di Johor. 

“Saya berharap program yang diadakan ini dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan merapatkan hubungan antara golongan tua dengan kanak-kanak kerana mereka saling melengkapi. 

“Harapan saya juga dengan adanya sambutan ini dapat menunjukkan kerajaan memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan yang diberikan warga emas dan kanak-kanak dalam aspek pembangunan negara,” katanya. - Dipetik dari Sinarharian.com.my