Program IM4U bersama warga emas Rumah Seri Kenangan Kangar anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis telah dilaksanakan di RSK Kangar. Program ini melibatkan 75 orang ahli PUSPANITA dan sukarelawan. Antara aktiviti dan pengisian yang dijalankan adalah:
i. Mencuci dan menggunting rambut penghuni wanita.
ii. Menukar cadar dan mengemas katil penghuni.
iii. Melayan penghuni uzur makan.
Sekalung tahniah kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis diatas kejayaan program tersebut dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama Warga Emas RSK sepanjang program berlangsung.