Jumaat, 27 Januari 2017

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT INSTITUSI RSK KANGAR

RSK Kangar telah mengadakan Jamuan Makan Malam ("Makan Besar") bersempena Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2017. Objektif jamuan "makan besar" ini dilaksanakan bertujuan meraikan penghuni RSK yang berbangsa Cina dan disamping itu juga keseluruhan Warga RSK yang berbilangan bangsa juga dapat menikmati dan merasai kemeriahan pesta Sambutan Tahun Baru Cina, Tahun Ayam Api 2017. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, YBhg Tuan Mohamad Hazam bin Ismail, Timbalan Pengarah Strategik JKM Negeri Perlis, En. Bohari bin Othman dan Tuan Penguasa RSK Kangar, En. Ahmad bin Che Noor. dan mantan Penguasa RSK Kangar. En. Manab bin Mehat. 



Berikut adalah serba sedikit info berkaitan Tahun Ayam Api 2017 mengikut kepercayaan Bangsa Cina.

Karateristik Elemen Shio Ayam :
♦ Ayam kayu (1945, 2005) : Energik, terlalu percaya diri; namun emosi tidak stabil.
♦ Ayam api (1957, 2017) : Dapat dipercaya, punya kemampuan mengatur waktu yang sangat baik, bertanggung jawab pada pekerjaan.
♦ Ayam tanah (1909, 1969) : Menyenangkan, murah hati, dapat dipercaya,cukup popular di kalangan teman-teman nya.
♦ Ayam emas (1921, 1981) : Punya tekad, berani, gigih, Bekerja keras.
♦ Ayam air (1933, 1993) : Cerdas, cerdik, berhati lembut (hati2 mudah dimanfaatkan orang) dan penuh kasih.  (sumber http://www.tionghoa.info)
Diharap di tahun baru ini dapat memberikan perkara positif dan kelebihan kepada Warga RSK Kangar terutamanya penghuni warga emas RSK Kangar.














Rabu, 18 Januari 2017

PROGRAM KAYUHAN ‘MAIPS PEDULI’ DARI TEAM TAYAR GOLEK BERSAMA DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN JAMULULLAIL, T.Y.T PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA MR. RODNEY SMITH

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajudin Jamlullail telah mencemar Duli turun padang bersama-sama T.Y.T Pesuruhjaya Tinggi Australia Mr. Rodney Smith dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dari Team Tayar Golek (TTG) singgah ke RSK Kangar bagi Program Kayuhan "MAIPs Peduli".

Program khidmat masyarakat ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap kepedulian dan keperihatinan MAIPs Perlis dan warganya terhadap penghuni RSK serta anak-anak yatim  yang kurang bernasib baik.selain itu juga, program tersebut memberi sumbangan kepada para penghuni serta anak-anak yatim yang terlibat. Program ini menunjukkan keperihatinan MAIPs dalam menjaga kebajikan penduduk di sekitar Perlis. 

Program tersebut dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajudin Jamlullail bersama T.Y.T Pesuruhjaya Tinggi Australia Ke Malaysia Mr Rodney Smith. Pelbagai program yang dijalankan termasuk senaman ringan,aktiviti menanam pokok harum manis sebagai tanda ingatan, melakukan solat secara berjemaah di surau dan sumbangan zakat.

RSK Kangar merasa sangat berbesar hati menerima kunjungan singgah D.Y.T.M Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajudin JamlullailT.Y.T Pesuruhjaya Tinggi Australia Mr. Rodney Smith dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dari Team Tayar Golek (TTG), terima kasih diucapkan.