Sabtu, 8 Julai 2017
PROGRAM KEMASYARAKATAN BAKTI SISWA UUM (PACE) BERSAMA WARGA EMAS
10 pelajar bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia telah mengadakan PROGRAM KEMASYARAKATAN BAKTI SISWA UUM (PACE) BERSAMA WARGA EMAS di RSK Kangar. Pensyarah mereka Dr. Azlizan b. Talib juga hadir dalam memantau dan menjayakan program tersebut. Seramai 20 orang penghuni warga emas dan 3 orang kakitangan RSK juga terlibat. Antara acara program yang dijalankan ialah senamrobik, sesi gotong-royong, menanam pokok Harumanis dan jamuan makan.
Langgan:
Catatan (Atom)