Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah menganjurkan LAWATAN MUHIBBAH PELAJAR KEM KECEMERLANGAN JATI DIRI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PERLIS 2017. Seramai 8 orang Guru, 80 Pelajar Sekolah Menengah seluruh Negeri Perlis dan 30 penghuni warga emas RSK Kangar yang terlibat didalam program ini. Kedatangan mereka disambut dan diberi taklimat ringkas oleh En. Muhammad Aduha, Pembantu Pembangunan Masyarakat. Aktiviti program lebih menjurus kepada sesi beramah mesra, suai kenal dan ikatan jalinan kemesraan diantara pelajar-pelajar yang terlibat dan penghuni warga emas RSK. Disamping itu juga para pelajar juga mengagihkan roti dan air mineral kepada penghuni warga emas RSK. Di akhir progam, para Guru memberikan sumbangan derma wang tunai sebanyak RM500.00 kepada RSK Kangar untuk kegunaan penghuni RSK. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis kerana sudi membawa para pelajar melawat warga emas RSK Kangar dan diatas sumbangan ikhlas tersebut. Semoga para pelajar juga dapat manfaat dan pembelajaran yang positif sepanjang berada di RSK Kangar.