Sabtu, 29 Oktober 2011

KERJA SUKARELA & SUMBANGAN MAKANAN TENGAHARI





29/10/2011 (Ahad) - Pn. Lo dan suaminya, En. Wan Rennie dari Restoran Renaz Steamboat, Guar Syed Alwi datang ke institusi bersama seorang pembantu untuk melakukan kerja-kerja amal, memotong rambut penghuni lelaki dan wanita. Mereka turut menyumbangkan makan tengahari kepada penghuni yang berupa nasi ayam. Pihak RSK Kangar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerja amal dan bakti yang telah dicurahkan.

SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-HUSSAIN









28/10/2011 (Jumaat) - Seramai 10 orang penghuni telah dibawa untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis dengan diiringi 4 orang kakitangan RSK Kangar. Masjid Al-Hussain dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis. Ia merupakan hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu. Masjid itu mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka. Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ingin ditonjolkan pada masjid itu, kata Dhiya'al Hafidh. Konsep itu diterjemahkan pada laman dan suasana santai persekitarannya.

Khamis, 27 Oktober 2011

LAWATAN MUHIBAH KE RSK

27/10/2011 (Khamis) - Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah mengadakan sebuah program bagi pelajar selepas PMR 2011 yang disertai 40 orang pelajar tingkatan 3.

Selasa, 25 Oktober 2011

SARINGAN PEMERIKSAAN KULIT

25/10/2011 (Selasa) - 5 orang kakitangan unit Dermatologi, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang diketuai Dr. Hassanin Husseyne Hilmi Bin Mohd Khalid dan Dr. Sharifah Farihah Bt Syed Abas telah datang ke Klinik RSK Kangar untuk membuat saringan pemeriksaan penyakit kulit bagi 24 orang penghuni dengan diseliakan oleh Cik Azwin Idris dan Cik Ismawani Ismail.

LAWATAN KE PUSAT SAINS GUNUNG KERIANG & MUZIUM DI RAJA KEDAH







25/10/2011 (Selasa) - Seramai 18 orang penghuni berbagai bangsa telah mengikuti program lawatan dan rekreasi penghuni ke Pusat Sains Negara Gunung Keriang dan Muzium Diraja Kedah, Alor Setar. Program ini telah dianjurkan oleh 2 orang pelajar praktikum Universiti Utara Malaysia, Cik Nurain Mohamad dan Cik Nuaishah Asyrani Zabidi dengan dibantu oleh 5 orang kakitangan RSK termasuk Tuan Penguasa.

Sabtu, 22 Oktober 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA





22/10/2011 (Sabtu) - 3 orang kakitangan RSK bersama 10 orang penghuni warga emas telah dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Zon Utara yang berlangsung di Rumah Kanak-Kanak Arau.

MUSIC BRINGS US TOGETHER







22/10/2011 (Sabtu) - Seramai 80 orang pelajar Universiti Utara Malaysia, dari Unit Seni Suara Pusat Ko Kurikulum telah mengadakan aktiviti Kegiatan Luar Kampus dinamakan "Music Brings Us Together" di RSK Kangar. Antara aktiviti yang dimuatkan didalam program ini adalah gotong-royong ( bersama membantu petugas asrama melakukan operasi membasmi pepijat ), membantu menyediakan makan tengahari, persembahan koir UUM, sukaneka, penyampaian hadiah dan cenderahati, dan sebagainya.
Pihak institusi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Nur Asma Jane Abdullah, Cik Nuratikah dan Cik Joane kerana memilih RSK Kangar bagi mengadakan program ini.

Khamis, 20 Oktober 2011

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI









19/10/2011 (Rabu) - Sebuah sambutan hari Deepavali telah diadakan bertempat di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar pada jam 8.00 malam dianjurkan oleh Lembaga Pelawat kepada penghuni dan kakitangan penganut agama Hindu. Penghuni dan kakitangan lain telah turut dijemput menjamu selesa dan menyaksikan persembahan kumpulan muzik.

Ahad, 16 Oktober 2011

LAWATAN KEBAJIKAN PEMADAM UNIMAP






16/10/2011 (Ahad) - Seramai 48 orang pelajar Kelab Pemadam Universiti Malaysia Perlis telah mengadakan Lawatan Kebajikan ke RSK Kangar. Program ini telah diseliakan dengan baik oleh Cik Suraini Sulaiman yang telah menjadikan senamrobik dan sukaneka sebagai aktiviti yang menghiburkan warga emas di sini.

MAJLIS PENERANGAN PERDANA

16/10/2011 (Ahad) - Seramai 10 orang kakitangan RSK telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penerangan Perdana Negeri Perlis yang bertempat di Dewan Warisan, Kangar.

PROGRAM MOTIVASI DAN KHIDMAT MASYARAKAT PPKKP UNIMAP







15/10/2011 (Sabtu) - Pusat Kejuruteraan Komputer & Perhbungan (PPKKP) telah mengelolakan sebuah program motivasi dan khidmat masyarakat untuk meningkatkan prestasi akedemik beroreantasikan contoh dan analogi melalui anak yatim dan warga emas. Diharapkan program motivasi yang berunsurkan pengajaran seperti ini dapat mendidik mahasiswa/mahasiswi secara langsung untuk lebih menghormati individu lain terutamanya para pensyarah agar ilmu yang diperolehi mereka akan lebih diberkati.

Sabtu, 15 Oktober 2011

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN NEGERI PERLIS 2011

15/10/2011 (Sabtu) - 4 orang kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk menjayakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Negeri Perlis yang bertempat di Dewan Wawasan 2020. Majlis ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis.

Jumaat, 14 Oktober 2011

GOTONG-ROYONG EDIBLE GARDEN

14/10/2011(Jumaat) - AJK Edible Garden yang di ketuai oleh En. Arif Fadzilah Ramli telah mengadakan sebuah gotong-royong bagi menyediakan sebuah kawasan edible garden di kawasan hadapan RSK Kangar untuk penyertaan pertandingan Edible Garden tahun ini.

PERTANDINGAN I.C.C DI PLPP BANGI

10-11/10/2011 (Isnin - Selasa) - Kumpulan Inovasi dan Kreatif RSK Kangar yang bernama D'Layar telah menyertai pertandingan K.I.K peringkat Jabatan dengan tajuk PULIH, manakala Kumpulan Inovasi, yang bernama Masdinamik turut mempamerkan ciptaan Tanjak Mudah Alih. Pertandingan ini berlangsung di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi.

Isnin, 10 Oktober 2011

PROGRAM KEMBARA NUR





9/10/2011 (Ahad) - Tuan Penguasa dan seorang kakitangan RSK Kangar telah terlibat dalam menjayakan Program Kembara Nur yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Kuala Perlis. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, Bajet 2012 merupakan kejayaan untuk golongan wanita di negara ini yang telah memperjuangkan isu-isu wanita ke peringkat tertinggi.

Menurut beliau, tidak pernah berlaku dalam sejarah di negara ini kepentingan wanita terutama dari segi ekonomi dan kesihatan diberi fokus utama dalam bajet negara.

"Bagi saya golongan wanita di negara ini telah berjaya mengarusperdanakan isu-isu seperti pembangunan dan keupayaan wanita dalam negara sekali gus membuktikan bahawa golongan wanita adalah tulang belakang dalam isu pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan program Kembara Nur di Kuala Perlis, dekat sini yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pelancongan, Kesihatan, Kerjasama Sempadan dan Pembangunan, Ahmad Bakri Ali dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perlis, Rela Ahmad di sini hari ini.
Pada Bajet 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi suntikan imunisasi barah pangkal rahim, hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak bernilai RM700 juta dan pembangunan usahawan wanita melalui peruntukan mikro kredit bernilai RM2.1 billion.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, pengumuman bajet itu juga membuktikan banyak permohonan kementeriannya terhadap kumpulan sasar telah diberi perhatian.

"Sekarang adalah masa untuk kementerian mengolah secara terperinci kerjasama dengan agensi- agensi berkaitan, contohnya dalam bidang kesihatan, kita perlu menyediakan modul yang baik dengan kerjasama pakar perubatan.

"Di segi ekonomi kita akan bantu meningkatkan bidang keusahawanan wanita melalui kerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)," katanya. - 
 petikan Utusan online.