Isnin, 10 Oktober 2011

PROGRAM KEMBARA NUR





9/10/2011 (Ahad) - Tuan Penguasa dan seorang kakitangan RSK Kangar telah terlibat dalam menjayakan Program Kembara Nur yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Kuala Perlis. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, Bajet 2012 merupakan kejayaan untuk golongan wanita di negara ini yang telah memperjuangkan isu-isu wanita ke peringkat tertinggi.

Menurut beliau, tidak pernah berlaku dalam sejarah di negara ini kepentingan wanita terutama dari segi ekonomi dan kesihatan diberi fokus utama dalam bajet negara.

"Bagi saya golongan wanita di negara ini telah berjaya mengarusperdanakan isu-isu seperti pembangunan dan keupayaan wanita dalam negara sekali gus membuktikan bahawa golongan wanita adalah tulang belakang dalam isu pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan program Kembara Nur di Kuala Perlis, dekat sini yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pelancongan, Kesihatan, Kerjasama Sempadan dan Pembangunan, Ahmad Bakri Ali dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perlis, Rela Ahmad di sini hari ini.
Pada Bajet 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi suntikan imunisasi barah pangkal rahim, hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak bernilai RM700 juta dan pembangunan usahawan wanita melalui peruntukan mikro kredit bernilai RM2.1 billion.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, pengumuman bajet itu juga membuktikan banyak permohonan kementeriannya terhadap kumpulan sasar telah diberi perhatian.

"Sekarang adalah masa untuk kementerian mengolah secara terperinci kerjasama dengan agensi- agensi berkaitan, contohnya dalam bidang kesihatan, kita perlu menyediakan modul yang baik dengan kerjasama pakar perubatan.

"Di segi ekonomi kita akan bantu meningkatkan bidang keusahawanan wanita melalui kerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)," katanya. - 
 petikan Utusan online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan