2/6/2012 - Rumah kakitangan RSK Kangar, Pn. Norazalilah Abdullah telah digeledah dan dilarikan barang-barang berharga ketika berlangsungnya majlis perkahwinan oleh beberapa individu yang tidak dikenali yang menyamar seperti saudara-mara.
“Saya langsung tidak sedarkan diri apabila pengsan akibat diserang sakit jantung sebaik mengetahui tiga tetamu wanita yang tidak diundang, mencuri hantaran serta barangan berharga milik anak perempuan,” kata Abdullah Mohd Noor, 60. Sebelum itu, katanya, majlis perkahwinan anak perempuannya ‘diserang’ sekumpulan pencuri wanita Geng Gelang yang melarikan barang kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM5,000 dalam kejadian di Beseri di sini, Sabtu lalu. Difahamkan tiga suspek wanita berbaju kurung berusia antara 40-an hingga 50-an berkenaan turut dipercayai menjadi dalang beberapa kejadian samun dan curi dalam bilik pengantin sejak tahun lalu. Dalam kejadian jam 2 petang, Nor Fadilah, 28, dan kakak sulungnya, Nor Azalilah, 34, kehilangan barang kemas serta beg tangan berisi wang tunai manakala Abdullah terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan. Artikel dari harian Metro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan