Ahad, 29 Mei 2016
Rabu, 25 Mei 2016
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM
24/5/2016 - Seramai 7 orang penghuni seramai 3 kakitangan telah dijemput untuk menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena Yakini Halal Malaysia Peringkat Negeri Perlis, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Teknologi Mara Perlis (UiTM) dan Jawatankuasa Kariah Masjid al-Muhamadiah, Guar Gajah, Arau.
Selasa, 24 Mei 2016
MESYUARAT LANTIKAN PENGHULU
23/5/2016 - Sebuah mesyuarat bersama penghuni warga emas telah dipengerusikan oleh Tuan Penguasa bagi melantik penghulu dan timbalan penghulu. Penghuni Hassan Mustafa telah terpilih sebagai Penghulu, manakala penghuni Maznah Ridzuan dilantik menjadi Timbalan Penghulu.
Sabtu, 21 Mei 2016
KAYUHAN KASIH SEMPENA KEPUTERAAN RAJA PERLIS KE-73
20/5/2016 - Seramai 20 orang kakitangan termasuk Tuan Penguasa telah berkhidmat sebagai sukarelawan dalam Program Kayuhan Kasih semperna ulang tahun hari keputeraan Raja Perlis ke-73, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menyertai kayuhan yang turut disertai Ketua Pengarah JKMM, Zulkiply Ramly.
Jumaat, 20 Mei 2016
MAJLIS JAMUAN TEH & PERASMIAN STESEN KTM
19/5/2016 - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mencatat sejarah apabila melancarkan Stesen Diraja Arau hari ini, iaitu stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang pertama dirasmikan oleh raja Melayu. Majlis disempurnakan baginda dengan menandatangani plak perasmian di stesen berkenaan pada pukul 3 petang.
Pelancaran itu adalah bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-73, Tuanku Syed Sirajuddin kelmarin, yang dihadiahkan KTMB. Serentak itu juga, set perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Gemas, Negeri Sembilan-Padang Besar ditukar nama kepada Ekspres Perlis. Sempena perasmian itu, Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menaiki ETS dari stesen tersebut ke Stesen KTMB Padang Besar dan pulang semula. Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut mengiringi baginda ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden KTMB, Lef. Kol. (B) Datuk Sarbini Tijan. Manakala 20 orang penghuni bersama 10 orang kakitangan RSK Kangar turut dijemput menghadiri majlis jamuan teh dan bersama-sama menaiki tren elektrik ke Padang Besar.
Rabu, 18 Mei 2016
KHIDMAT MASYARAKAT UPSB
17/5/2016 - Anak syarikat milik penuh Universiti Utara Malaysia, (UPSB) Uniutama Property Sdn. Bhd. telah menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat di RSK Kangar yang disertai 40 orang kakitangan.
Ahad, 15 Mei 2016
KONVOI MOTORSIKAL GOLDWING
14/5/2016 - Kumpulan motorsikal berkuasa tinggi sebanyak (300 buah) dengan bilangan ahli seramai 420 orang telah berkunjung dan menyampaikan sumbangan tunai kepada Pengarah JKM Negeri Perlis, Tuan Haji Zaimi Abdul Rani yang mewakili RSK dan seluruh warga emas.
Langgan:
Catatan (Atom)