Jumaat, 20 Mei 2016

MAJLIS JAMUAN TEH & PERASMIAN STESEN KTM

















19/5/2016 - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mencatat sejarah apabila melancarkan Stesen Diraja Arau hari ini, iaitu stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang pertama dirasmikan oleh raja Melayu. Majlis disempurnakan baginda dengan menandatangani plak pe­rasmian di stesen berkenaan pada pukul 3 petang.

Pelancaran itu adalah bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-73, Tuanku Syed Sirajuddin kelmarin, yang dihadiahkan KTMB. Serentak itu juga, set perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Gemas, Negeri Sembilan-Padang Besar ditukar nama kepada Ekspres Perlis. Sempena perasmian itu, Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menaiki ETS dari stesen tersebut ke Stesen KTMB Padang Besar dan pulang semula. Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden KTMB, Lef. Kol. (B) Datuk Sarbini Tijan. Manakala 20 orang penghuni bersama 10 orang kakitangan RSK Kangar turut dijemput menghadiri majlis jamuan teh dan bersama-sama menaiki tren elektrik ke Padang Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan