Sabtu, 4 Februari 2017

MAJLIS MAKAN MALAM AHLI LEMBAGA PELAWAT RUMAH SERI KENANGAN KANGAR SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2017

Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2017, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kangar telah menganjurkan Majlis Makan Malam bersama penghuni RSK Kangar. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya dan isteri beliau Datin Seri Shamsiah Md Yassin yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat RSK Kangar, Ahli-Ahli Lembaga Pelawat RSK Kangar dan Penguasa RSK Kangar.

Majlis makan malam ini diadakan bertujuan berkongsi kemeriahan dan meraikan bersama penghuni Warga Emas RSK Kangar bersempena Pesta Sambutan Tahun Baru Cina 2017. Disamping penghuni RSK Kangar dijamu dengan pelbagai juadah, Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim juga turut bermurah hati memberi "Angpow" kepada penghuni RSK Kangar. RSK Kangar sangat berbesar hati dan berterima kasih diatas sumbangan tersebut.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan