Rabu, 30 Disember 2009

PROGRAM 'BICARA MUFTI' SEMPENA MAAL HIJRAH TAHUN 2009





29 Dis 2009- Program 'Bicara Mufti" sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Anjuran bersama Kerajaan Negeri Perlis, JKMN Perlis , Majlis Kebajikan Negeri Perlis & JAKIM telah diadakan bertempat di Rumah Seri Kenangan Kangar. Tetamu yang hadir adalah seramai hampir 600 orang yang melibatkan Ketua Jabatan, NGO's, Rumah Sejahtera,masyarakat sekitar,, diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Perlis dan isteri serta VIP-VIP lain yang hadir. Kakitangan RSK Kangar terlibat bagi Persiapan Tempat dan Hiasan dewan dsb. Manakala warga emas RSK mendapatkan sumbangan wang tunai yang diberikan sendiri oleh Menteri Besar Perlis.

Ahad, 20 Disember 2009

MUZIUM DIRAJA KEDAH





20/12/2009 - Seramai 20 orang penghuni dan 10 orang pegawai pengiring terlibat dengan rekreasi penghuni ke Muzium Di Raja Kedah, seterusnya rombongan lawatan terus menghadiri jemputan kenduri perkahwinan anak kepada Pengarah Kebajikan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkiply Bin Ramli yang berlangsung di Kompleks Penyayang Sungai Petani Kedah.

Khamis, 10 Disember 2009

LATA BAYU & PANTAI MERDEKA

07 Disember 2009- Seramai 38 orang penghuni dan kakitangan pengiring telah mengadakan program rekreasi penghuni ke Lata Bayu dan Pantai Merdeka, Kedah. Program rekreasi ini diadakan bagi memberi kegembiraan serta keseronokan kepada penghuni di samping menjalani aktiviti Fisioterapi di Pantai Merdeka yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai pengiring RSK termasuk Fisioterapis RSK Kangar.

Khamis, 3 Disember 2009

SUMBANGAN LEMBU SEMPENA AIDILADHA TAHUN 2009



28hb November 2009- RSK Kangar mendapat sumbangan sebanyak 3 ekor lembu dari Encik Johanis sempena Hari Raya Korban (Aidiladha). Atas persetujuan dari penyumbang, RSK Kangar menerima 2 ekor lembu sahaja, manakala seekor lembu lagi diserahkan kepada Pertubuhan Anak Yatim Negeri Perlis (PEYATIM). Program penyembelihan Lembu tersebut diadakan pada Hari Raya Kedua,bertempat di Kawasan Berdekatan Surau RSK Kangar.
Daging Lembu tersebut diagihkan kepada Kakitangan serta Warga Emas RSK Kangar pada hari tersebut. Program tersebut diuruskan oleh Puan Harison bt Husin (PPM Kanan) RSK Kangar. Kakitangan yang hadir,turut membantu program penyembelihan lembu tersebut. Penguasa RSK Kangar turut hadir pada hari tersebut.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2009

27hb November 2009- Warga Emas menyambut Hari Raya Aidiladha dimana duit raya turut diberikan kepada warga emas bagi memberikan kegembiraan kepada mereka. Sambutan raya ini diadakan bertempat di Dewan Makan RSK Kangar pada Hari Raya Pertama.

TILAWAH AL-QURAN & NASYID JKMM TAHUN 2009


21hb - 25hb November 2009 - Seramai 2 orang Warga Emas RSK Kangar mewakili JKMN Perlis bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid JKMM tahun 2009 bertempat di Uitm Seri Iskandar, Perak iaitu Haji Zoki bin Ismail bagi Kategori Institusi (Lelaki) berumur 60 tahun ke atas, dan Hajah Haminah binti Abdul Rahman bagi Kategori Institusi (Wanita) berumur 60 tahun ke atas. Hajah Haminah telah berjaya mendapat tempat KETIGA dalam tilawah Al-Quran tersebut. Selain itu, seramai 7 orang kakitangan RSK Kangar turut terlibat mewakili Kumpulan Nasyid JKMN Perlis. Manakala Penguasa RSK Kangar diberi tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen JKMN Perlis.

Khamis, 19 November 2009

KARNIVAL WARGA EMAS JKMM TAHUN 2009




14hb November 2009 - Karnival Warga Emas (KAWE'09) Peringkat JKMM telah diadakan bertempat di Taman Cheras Ulu, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 39 orang Warga Emas serta kakitangan pengiring RSK Kangar hadir memeriahkan program tersebut. Program KAWE'09 ini dianjurkan oleh Bahagian WTK, JKMM. Ia diadakan sempena menghargai atau mengingati Warga Emas Institusi JKMM. Rombongan RSK Kangar diketuai oleh Puan Harison binti Hussin (PPM Kanan) RSK Kangar. Pelbagai acara dipertandingkan dan Warga Emas RSK Kangar mendapat JOHAN bagi 2 acara yang dipertandingkan. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS

14hb November 2009- JKMN Perlis dengan kerjasama Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato' Syeikh Radzi bin Ahmad yang mewakili Menteri Besar Perlis yang tidak dapat hadir. Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKMM iaitu Puan Halijah binti Yahaya. Majlis turut dijayakan dengan persembahan Koir RSK Kangar yang terdiri dari seramai 14 orang. Warga Emas RSK Kangar turut hadir sama dalam Majlis tersebut. Seramai 14 orang Ahli Lembaga Pelawat RSK turut menerima Watikah Pelantikan pada majlis tersebut.

Sabtu, 31 Oktober 2009

LAWATAN: PROGRAM SEMAI BAKTI




31 Oktober 2009 (Sabtu) - Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan program Semai Bakti yang memuatkan aktiviti gotong royong, sumbangan lukisan mural, dan majlis ramah mesra yang dikendalikan oleh Pn. Nurdalilah Bt Saidin. Program ini disertai oleh 40 orang remaja dan 10 orang AJK PPKK bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.

Rabu, 28 Oktober 2009

PERTANDINGAN ICC & INOVASI JKMM 2009





20hb Oktober 2009- Seramai 22 orang kakitangan RSK kangar yang terlibat dengan Pertandingan ICC dan INOVASI Peringkat JKMM bertempat di PLPP Bangi, Selangor. Rombongan RSK Kangar diketuai oleh Timbalan Penguasa RSK iaitu Puan Hajah Fatimah binti Othman. Kumpulan ICC RSK Kangar yang diketuai oleh Encik Mohd Arif Fadzilah Ramli, bertanding dengan tajuk berkaitan penyakit kulit Warga Emas, manakala Kumpulan Inovasi pula yang diketuai oleh Encik Noorhisham Kawardin, bertanding dengan hasil kerja mereka bertajuk E-Chair.

Ahad, 25 Oktober 2009

RIADAH PETANG DI BAZAR KRAF TANGAN


24/10/09 (Sabtu) - Seramai 9 orang penghuni RSK dibawa mengunjungi Bazar Kraf Tangan di Dataran Usahawan, Kg. Bakau sebagai pengisian program riadah petang. Turut mengiringi En. Shukri Jaafar dan Pn. Romlah Diman.

Jumaat, 25 September 2009

SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA WARGA EMAS RSK



22 September 2009 - RSK Kangar telah mengadakan Sambutan Aidilfitri bersama Warga Emas. Program sambutan Hari Raya diadakan setiap tahun bagi tujuan memberi kegembiraan serta keceriaan penghuni agar mereka merasai suasana menyambut Aidilfitri bersama kakitangan serta keluarga. Turut hadir memeriahkan majlis Aidilfitri tersebut ialah Encik Abdullah bin Ali (Pengarah JKMNPs) serta keluarga, Encik Yap Hock Siew (Bendahari Lembaga Pelawat RSK), Penguasa, Timbalan Penguasa, Kakitangan RSK serta keluarga dan kakitangan JKMNPs serta bekas kakitangan RSK yang dijemput. Dalam majlis tersebut, Warga Emas menerima duit raya yang disampaikan oleh Tuan Pengarah JKMNPs.

PROGRAM MENGACAU DODOL & MEMBUAT SERUNDING RSKK





17 September 2009 - RSK Kangar telah mengadakan program mengacau dodol serta membuat serunding yang melibatkan penghuni serta kakitangannya. Program ini sememangnya diadakan setiap tahun terutama menjelang sambutan Aidilfitri. Tuan Pengarah JKMNPs juga turut hadir menjayakan program tersebut.

MAJLIS SUMBANGAN WANG RAYA WARGA EMAS RSK





04 September 2009 - Seramai 15 orang warga emas RSK Kangar telah menerima Sumbangan Wang Raya dari DYMM Tuanku Raja Perlis. Majlis tersebut ditaja oleh DCL Group or Companies.

Khamis, 10 September 2009

MAJLIS SUMBANGAN PERKEP NEGERI PERLIS



04 September 2009- Rombongan dari Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Pegawai Polis (PERKEP) Negeri Perlis telah hadir ke RSK Kangar bagi memberikan sumbangan kepada RSK Kangar. Majlis penyampaian sumbangan dilakukan oleh Pengerusi PERKEP iaitu Puan Noraini binti Ishak.

Jumaat, 4 September 2009

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KPWKM





03 September 2009- RSK Kangar telah menerima lawatan kerja dari Timbalan Menteri , Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu YB Datin Paduka Chew Mei Fun. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pengarah JKM Perlis (En. Abdullah bin Ali) , Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Pemangku Pengarah LPPKN, dan kakitangan ketiga-tiga jabatan tersebut.

Selasa, 1 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM TUANKU RAJA PERLIS


31 Ogos 2009 - Seramai 10 orang warga emas RSK Kangar menghadiri Majlis Jamuan Berbuka Puasa bersama DYMM Tuanku Raja Perlis bertempat di Dewan 2020 , Kangar, Perlis. Dalam Majlis ini, warga emas RSK diselia oleh Kakitangan Pengiring diketuai oleh PPM RSK (Puan Rusnita binti Zakaria.)

Jumaat, 21 Ogos 2009

UJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JKMNPs

19hb Ogos 2009- Ujian Tilawah Al-Quran Peringkat JKMN Perlis telah diadakan bertempat di RKK Arau dimana Warga Emas RSK Kangar yang terlibat sebagai peserta ialah Haji Zoki bin Ismail dan Hajah Haminah bt Abdul Rahman. Mereka akan mewakili RSK Kangar bagi Kategori Warga Emas Institusi Kebajikan yang akan berlangsung di Negeri Perak pada 22hb-26hb November 2009 nanti.

Selasa, 18 Ogos 2009

PROGRAM GOTONG-ROYONG RSK KANGAR



18hb OGOS 2009- Program gotong-royong diadakan meliputi kawasan-kawasan Lanskap dan Edible Garden RSK. Ia melibatkan jawatankuasa Lanskap serta Edible Garden RSK dan juga kakitangan RSK. Program ini dikelolakan oleh Timbalan Penguasa RSK Kangar. Program gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada waktu tengahari. Komitmen yang tinggi dari kakitangan menyebabkan program-program seperti ini dapat dijalankan dengan baik.

Khamis, 13 Ogos 2009

SARINGAN NASYID DI RSK KANGAR

12hb Ogos 2009- Bagi mencari peserta yang bakal menjadi peserta nasyid yang akan mewakili JKMN Perlis,maka telah diadakan proses saringan nasyid yang bertempat di RSK Kangar. Seramai 12 orang kakitangan rsk kangar yang hadir bagi saringan 'Nasyid Idol' JKMNPs bagi sesi saringan pertama ini. Beberapa kakitangan JKMN Perlis turut hadir dalam saringan pertama ini. Saringan kali kedua akan diadakan di RKK Arau pada 17hb Ogos 2009 ini.

Rabu, 12 Ogos 2009

LAWATAN KUMPULAN ICC RSK KE KASTAM PADANG BESAR



11hb Ogos 2009- Seramai 19 orang kakitangan RSK yang melibatkan Kumpulan ICC dan INOVASI RSK Kangar telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam Padang Besar bagi mendapatkan maklumat serta tunjuk ajar dari Kumpulan ICC Kastam Padang Besar mengenai Pertandingan ICC memandangkan RSK Kangar akan bertanding Kategori ICC dan Inovasi peringkat JKMM pada bulan Oktober nanti.. Ini kerana Kumpulan ICC Kastam Padang Besar telah menjadi JOHAN sebanyak 5 kali bagi Pertandingan ICC Peringkat Negeri Perlis termasuk tahun ini (2009). Rombongan RSK diketuai oleh Timbalan Penguasa (Hajah Fatimah bt Othman). Penguasa RSK turut hadir dalam lawatan tersebut.

Jumaat, 7 Ogos 2009

REKREASI KE ULU LEGONG




12hb Ogos 2009- Seramai 35 orang warga emas dan pengiring telah mengikuti program lawatan ke Kolam Air Panas, Ulu Legong, Baling, Kedah. Penghuni telah dibawa mandi di Kolam Air Panas bagi membantu mengatasi masalah penyakit seperti kulit dan sebagainya. Mereka juga akan dibawa melawat Muzium Perang Batu Maung, Penang. Program lawatan adalah selama 2 hari (12hb & 13hb Ogos 2009). Program ini akan diketuai oleh Encik Mohd Arif Fadzilah Ramli. ( dapat dilihat penghuni dibekalkan dengan penutup hidung bagi mengelak jangkitan virus A H1N1 yang semakin menular ). Rombongan turut singgah ke Taman Rekreasi Air Terjun Lata Bayu.


KURSUS PARENTING @ WORK DI RSK KANGAR





10hb Ogos 2009- Kursus 'Parenting' anjuran LPPKN Negeri Perlis telah diadakan di RSK Kangar yang melibatkan kakitangan RSK Kangar. Seramai 35 orang kakitangan RSK pelbagai jawatan akan mengikuti kursus tersebut pada 10hb Ogos 2009. Turut terlibat adalah 5 orang peserta dari JKMNPs.

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH NEGERI PERLIS





31hb Julai 2009- Persatuan Bulan Sabit Merah dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan Program ' Kempen Derma Darah' Peringkat Negeri Perlis yang bertempat di Dewan Seri Kenangan, Rumah Seri Kenangan Kangar selama satu hari. Ramai kakitangan RSK Kangar yang terlibat menderma darah dalam program tersebut.