Sabtu, 22 April 2017

GEMA KASIH@KEBUDAYAAN (HADRAH)

RSK kangar telah mengadakan Program Gema Kasih@Sukan & Kebudayaan dimana  bertempat di Dewan Besar RSK Kangar, Perlis jam 9:00 malam. Penyelaras Program En. Mohd Zulfitri b. Mat Zubir telah memilih Seni Permainan Hadrah untuk Program Gema Kasih@Sukan & Kebudayaan kali ini dimana Kumpulan Hadrah Pauh telah dijemput untuk mempersembahkan. Berikut sedikit sebanyak info mengenai Hadrah:-

-Hadrah dipercayai antara bentuk permainan yang paling awal di Perlis dan bermula sejak 1910 lagi.
-Permainan hadrah ini, dikatakan berasal daripada permainan orang yang sesat di dalam hutan yang menyanyi supaya suaranya didengar orang.
-Jumlah ahli persembahan hadrah tidak ditetapkan dan pada kebiasaannya antara 10 hingga 13 orang. Lagu-lagu yang sering dinyanyikan dalam hadrah ialah Selamat Datang, Ampun Tuanku, Ayuhai Lakampare, Khadami, Yas Sare, Fatimah Eto, dan Perpaduan. Isi lagu-lagu hadrah ini bercampur-campur temanya.
-Alat muzik yang mengiringi permainan hadrah ialah gendang, gong, dan biola. Pakaian pemain-pemain hadrah adalah pakaian Melayu bagi lelaki dan baju kebaya, baju kurung, bandung pesak dan berselendang bagi perempuan. Pada masa dahulu, Hadrah berfungsi sebagai acara ritual dan keagamaan. Kini hadrah berfungsi sebagai hiburan lebih daripada fungsi-fungsi yang lain.
Sumber info dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Hadrah
























Selasa, 4 April 2017

PROGRAM JALINAN KASIH TENUNAN SAYANG

Kelab 1 Malaysia (Perlis) Universiti Utara Malaysia telah mengadakan PROGRAM JALINAN KASIH TENUNAN SAYANG di RSK Kangar. Seramai 30 penghuni warga emas RSK dan 30 orang pelajar UUM telah menyertai program ini bagi mengeratkan hubungan diantara komuniti luar dan warga emas RSK. Diantara pengisian program yang dijalankan ialah aktiviti seperti tarian zumba, isi air dalam botol, lontaran kasih dan bowling klasik. Pn. Rohani Abdul Majid, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis telah dijemput bagi menutup program ini.