Selasa, 29 Mac 2016

MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN



29/3/2016 - Pentadbiran RSK Kangar telah menganjurkan sebuah majlis perpisahan kepada Pembantu Peyediaan Makanan, Puan Rahani Mat yang masuk bertugas buat kali terakhir pada hari ini. Seluruh warga RSK Kangar mengucapkan selamat bersara dan memohon maaf jika ada salah dan silap disepanjang tempoh perkhidmatan di institusi ini. Jasa Puan Rahani Mat akan sentiasa dikenang oleh semua penghuni dan kakitangan RSK Kangar.

Jumaat, 25 Mac 2016

PERHIMPUNAN KAKITANGAN JKMNPs 2016

























25/3/2016 - Sebuah majlis Perhimpunan Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis 2016 telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar. Majlis ini turut memuatkan slot Gema Kasih @ Kebudayaan, Majlis persaraan Pembantu Penyediaan Makanan, Pn. Faizatun Faridah dan Pn. Rahani Mati dan juga meraikan hari ulang tahun kelahiran penghuni warga emas dan kakitangan RSK Kangar. 

Rabu, 23 Mac 2016

PROGRAM GEMA KASIH @ SUKAN













23/3/2016 - Sebuah aktiviti sukaneka warga emas telah berlangsung diantara warga emas sihat dengan seliaan kakitangan bertugas sebagai sebuah slot dalam Program Gema Kasih.

Isnin, 21 Mac 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015


21/3/2016 – Sebuah majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tahun 2015 telah diadakan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP). Seramai 4 orang kakitangan RSK Kangar iaitu Pembantu Tadbir (K) Pn. Yusmiza Yaacob, Jururawat Cik Azwin Idris, Pembantu Pembangunan Masyarakat En.Ahmad Lutfi Amer, Pembantu Perawatan Kesihatan En.Amizul Azemi dan Pembantu Perawatan Kesihatan Pn. Roslela Saad telah menerima sijil dan insentif dari YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ahad, 20 Mac 2016

MAJLIS IRAMA JAYA GROUP











20/3/2016 - Irama Jaya Group telah menganjurkan sebuah Majlis Pelancaran dan Sumbangan di Taman Seri Pulai Padang Behor. Seramai 6 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan telah dibawa untuk meraikan majlis tersebut dan menerima sumbangan dari pihak pengurusan Irama Jaya.

Sabtu, 19 Mac 2016

REKREASI PENGHUNI KE MELAKA


























18- 19/3/2016- Seramai 4 orang warga emas dengan diiringi 16 orang kakitangan telah dibawa mengikuti aktiviti rekreasi ke tempat-tempat menarik di Melaka Bandaraya Bersejarah selama 2 hari 1 malam. Rombongan anjuran Biro Keceriaan dan Edible Garden ini turut membuat lawatan ke RSK Cheng untuk melihat dan mengambil tips pihak pentadbiran di sana menjalankan kegiatan mengekalkan keceriaan institusi.