Ahad, 24 Ogos 2014

LAWATAN SMK PENGKALAN HULU










23/8/2014 - SMK Pengkalan Hulu Perak telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke negeri Perlis sempena Hari Kokurikulum dan memilih RSK Kangar sebagai salah satu destinasi lawatan. Seramai 20 orang pelajar yang terdiri dari kaum India, Siam, Cina dan orang Asli telah membuat persembahan nyanyian dan tarian istimewa bagi menghiburkan warga emas. Lawatan ini diseliakan oleh jururawat Pn. Chitra Majeisparan yang merupakan bekas pelajar SMK Pengkalan Hulu.

Sabtu, 23 Ogos 2014

KURSUS PENGURUSAN WARGA EMAS


















 
22-23/8/2014 - Unit Kaunseling JKMN Perlis telah menganjurkan sebuah Kursus Pengurusan Warga Emas yang bertempat di bilik mesyuarat RSK Kangar.

Selasa, 19 Ogos 2014

LAWATAN & MAJLIS HARI RAYA BERSAMA RSK













19/8/2014 - Jemaah muslimat Madrasah Kampung Ujung Batu telah mengadakan lawatan ke RSK Kangar dan menganjurkan sebuah majlis sambutan dan jamuan Aidilfitri bersama penghuni. Pihak RSK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak Madrasah Kampung Ujung Batu.

Sabtu, 16 Ogos 2014

SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA PENGHUNI












15/8/2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis telah menganjurkan sebuah majlis sambutan Aidilfitri bersama penghuni RSK Kangar yang turut memuatkan aktiviti gotong-royong disamping jamuan makan kuih raya.

Jumaat, 15 Ogos 2014

GOTONG-ROYONG KECERIAN INSTITUSI





14/8/2014 - Biro Keceriaan telah menganjurkan sebuah aktiviti mengecat dan mengindahkan laluan berbumbung utama institusi. Program ini turut disertai Tuan Penguasa, En. Manab Mehat.