Jumaat, 29 Oktober 2010

PROGRAM RAKAN MUDA IPT






28/10/2010 (Khamis) - Lawatan Program Rakan Muda Desa IPT Peringat Zon Utara yang dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 3.30 petang hingga 5.00 petang. Seramai 112 orang pelajar dari berbagai pusat pengajian tinggi telah melibatkan diri.

LAWATAN KHIDMAT MASYARAKAT

26/10/2010 (Selasa) - Lawatan Khidmat Masyarakat dari Maktab Rendah Sains Mara Beseri, pada 2.30 petang hingga 4.30 petang yang disertai oleh 140 orang pelajar. Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi ramah mesra dan karaoke bersama penghuni.

LAWATAN PERSATUAN DHARMA CLASS

23/10/2010 (sabtu) - Lawatan dari Persatuan Dharma Class, Universiti Utara Malaysia. Antara tentatif program adalah sesi ramah mesra dan gotong royong di asrama penghuni.

Selasa, 26 Oktober 2010

KASIH BERPADU RINDU BERTAUT

22/10/2010 (Jumaat) - Biro Kepimpinan & Komuniti Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan program Kasih Berpadu Rindu Bertaut di RSK Kangar. Antara tentatif program adalah aktiviti ramah mesra dan gotong-royong. Projek ini di kendalikan oleh Cik Nurul Ain Nadia Yusof.

Ahad, 24 Oktober 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI JKMM TAHUN 2010


20hb Oktober 2010- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Inovasi JKMM Tahun 2010 bertempat di PLPP, Bangi, Selangor. Pada majlis ini diumumkan keputusan pemenang Pertandingan Pengucapan Awam, KIK, Inovasi dan Edible Garden peringkat JKMM bagi tahun ini. Daripada 3 Kategori yang disertai oleh RSK Kangar iaitu KIK, Inovasi dan Edible Garden , RSK Kangar telah mendapat JOHAN bagi 2 kategori iaitu KIK dan Edible Garden. Semua kejayaan in adalah hasil daya usaha kakitangan RSK yang begitu komited di dalam tugas yang dilakukan. Semua hadiah kemenangan disampaikan oleh KSU, KPWKM.

Khamis, 21 Oktober 2010

LAWATAN KELAB RUKUN NEGARA

20/10/2010 (Rabu) - Seramai 20 orang pelajar dan 3 guru pengiring dari Kelab Rukun Negara, Sekolah Kebangsaan Kamoung Serdang, Perlis telah mengadakan lawatan amal di RSK Kangar bagi menerapkan nilai-nilai murni di samping memberi pengalaman bersama warga emas.

Ahad, 17 Oktober 2010

BANTUAN FAKIR DARI PEJABAT ZAKAT

17/10/2010 (Ahad) - En. Hamidi Bin Mohd Noor bersama 3 orang kakitangan Pejabat Zakat Negeri Kedah telah datang ke RSK Kangar untuk memberi Bantuan Fakir Bulanan kepada penghuni Razak Bin Din, yang merupakan bekas penghuni kepada RSK Bedong Kedah.

Sabtu, 9 Oktober 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH EDIBLE GARDEN FAMA NEGERI PERLIS

07 Oktober 2010- Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kitchen Garden / Edible Landscape Bumi Hijau Peringkat Negeri Perlis telah diadakan. Ia merupakan anjuran FAMA Negeri Perlis. Pertandingan ini melibatkan 4 kategori iaitu Kategori Individu, Sekolah Rendah , Sekolah Menengah dan Komuniti. RSK Kangar telah menyertai bagi Kategori Komuniti dimana telah mendapat NAIB JOHAN di dalam pertandingan Edible Garden tersebut Peringkat Negeri Perlis Anjuran FAMA Negeri Perlis.

Jumaat, 8 Oktober 2010

PROGRAM TAUTAN KASIH



8/10/2010 ( Jumaat) - Persatuan Pembangunan Masyarakat II, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan program Tautan Kasih pada jam 8 pagi hingga 3 petang di Dewan Seri Kenangan. Seramai 39 orang pelajar telah melibatkan diri dengan dipimpin oleh En. Hafizi Bin Nordin. Antara acara yang dimuatkan adalah permainan congkak, dam, persembahan pelajar, penyampaian cenderahati dan ramah mesra.

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JKMN PERLIS

7/10/2010(Khamis) - Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat JKM Perlis telah diadakan di Pengkalan Asam, Kangar. Pada majlis ini, RSK Kangar telah terlibat dalam menyediakan juadah Mee Rebus Tulang untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir. Pada majlis ini juga seramai 8 orang warga emas RSK Kangar turut dibawa ke Majlis Raya JKMNPs ini.

REKREASI KE CAMERON HIGHLANDS

6 -8/10/2010 - Seramai 13 orang penghuni telah dibawa untuk mengikuti aktiviti rekreasi ke Cameron Highlands dengan diiringi 21 orang kakitangan RSK yang diketuai oleh En. Muhd Ridzuan Ahmad. Penghuni bermalam di Asli Lounge dan dibawa ke Agro-Technology Park MARDI, Cameron Highlands dan menjamu selera di Restoran Mid Gulai Kawah.

Rabu, 6 Oktober 2010

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI




4hb Oktober 2010 (Selasa) - Kelab Perlancongan Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan sebuah majlis sambutan Aidilfitri bersama-sama penghuni Rumah Seri Kenangan Kangar. Seramai 40 orang pelajar telah menjayakan program ini dengan penuh ceria.

Selasa, 5 Oktober 2010

PERHIMPUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

4/10/2010 (Isnin) - Seramai 5 orang kakitangan RSK telah terlibat di dalam Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis untuk kali ke 9 pada 2010 yang berlangsung di Dewan 2020 pada jam 8.00 pagi.

Isnin, 4 Oktober 2010

JAMUAN AIDILFITRI BERSAMA WARGA EMAS & ANAK YATIM



04 Oktober 2010- Syarikat Peau Reality Sdn Bhd (Syarikat Swasta) yang beroperasi di Pauh, Perlis telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Aidilfitri bersama Warga Emas RSK Kangar dan Anak Yatim (PEYATIM) Negeri Perlis bertempat di Dewan Sri Kenangan, RSK Kangar. Majlis Makan Malam Aidilfitri ini bermula pada pukul 8.30 malam. Warga Emas RSK dan Anak Yatim (PEYATIM) turut diberikan sumbangan duit raya oleh syarikat tersebut dimana duit raya disampaikan oleh YB Tuan Mohd Jeffri bin Othman iaitu Exco Keagamaan Negeri Perlis merangkap ADUN Guar Sanji, Perlis. Turut hadir ialah YB Senator Encik Khalid , Timbalan Ketua Polis Arau, Penguasa RSK dan ramai lagi.

JAMUAN AIDILFITRI KILANG CIMA NEGERI PERLIS

04hb Oktober 2010- Warga Emas RSK Kangar turut dijemput menghadiri Jamuan Aidilfitri Anjuran Kilang CIMA Negeri Perlis. Kilang CIMA sering juga mengadakan program-program dengan RSK Kangar setiap tahun.

Ahad, 3 Oktober 2010

JAMUAN AIDILFITRI BANK RAKYAT PERLIS

01 Oktober 2010- Seramai 10 orang warga emas RSK Kangar telah menghadiri Jamuan Aidilfitri Anjuran Bank Rakyat Cawangan Perlis. Bank Rakyat Cawangan Perlis sering menjemput Warga Emas RSK menyertai program anjurannya termasuk majlis aidilfitri ini.