Isnin, 21 Februari 2011

PROGRAM FIESTA PERPADUAN DEMI NEGARA

19/2/2011 (sabtu) - Seramai 23 orang penghuni RSK bersama 5 orang pengawai pengiring telah mengikuti Fiesta Perpaduan Demi Negara yang berlangsung di perkarangan Padang Bandaran, Kangar. Antaran acara yang berlangsung pada pagi itu adalah Senamrobik Perpaduan Warga Usia Emas bersama Y.B Dato' Seri Mohd Radzi Bin Tan Sri Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar dan Y.B Datin Seri Hajah Mahani Bt Abdul Hamid. Pertandingan bola sepak, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi kerajaan, sukaneka perpaduan, pertunjukan motorsikal-skuter-basikal, dan citarasa Chief Selebriti.

Khamis, 17 Februari 2011

PROGRAM PENGHAYATAN MAULIDUR RASUL








17/2/2011 (Khamis) - Biro Agama Islam RSKK telah menganjurkan sebuah program Penghayatan Maulidur Rasul yang bertempat di Dewan Seri Kenangan. 2 orang penceramah telah dijemput iaitu Ustazah Fauziah Thani (bekas Pengetua, Sekolah Menengah Agama Alawiyyah, Perlis) dan Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor ( Unit Pembangunan Islam, Universiti Malaysia Perlis). Peserta yang menghadiri program ini terdiri daripada kakitangan dan penghuni RSK Kangar, kakitangan RKK Arau dan JKM Negeri Perlis.

Program ini berlansung dengan jayanya dan diakhiri dengan sebuah kuiz yang turut menyumbang hadiah-hadiah berupa kitab-kitab agama.

Ahad, 13 Februari 2011

KERJA AMAL MEMOTONG RAMBUNG PENGHUNI


13/2/2011 (Ahad) En. Wan Rennie bersama isterinya Pn. Lo dan seorang pembantu Salon beliau telah datang ke RSK Kangar untuk melakukan kerja-kerja amal secara sukarela dengan memotong rambut penghuni lelaki dan wanita. En Wan Rennie (Tel: 014-2468973) adalah katerer terbabit dalam majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan baru-baru ini yang menyediakan hidangan steamboat.

Ahad, 6 Februari 2011

LAWATAN PPKM NEGERI KELANTAN


6/2/2011 (Ahad) - Seramai 9 orang perserta dari Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Kelantan telah singgah ke RSK Kangar untuk mengambil informasi dan lawatan ringkas.

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA






3/2/2011 (Khamis) - Lembanga Pelawat RSK telah menganjurkan sebuah majlis sambutan tahun baru cina yang bertempat di Dewan Seri Kenangan. Majlis diserikan dengan kehadiran Datin Seri Hajjah Shamsiah Mohd Yassin selaku Pengerusi Lembaga Pelawat, Tuan Pengarah JKM Negeri Perlis, Pengetua RKK Arau, dan Pengerusi JKK Jejawi Dalam, En. Othman Yahya. Antara tentatif majlis adalah persembahan nyanyian dan tarian dari penuntut Institut Perguruan Negeri Perlis, jamuan steamboat dan nasi goreng serta sumbangan 'ang pau' oleh pengerusi lembaga pelawat dengan diiringi Timbalan Penguasa RSK.

LAWATAN MAJLIS PERKAHWINAN STAFF RSK


03 Februari 2011 (Khamis) - Seramai 18 orang yang melibatkan warga emas serta 5 orang pengiring RSK Kangar telah mengadakan rombongan ke Kg. Gial , Mata Ayer bagi menghadiri Majlis perkahwinan staf RSK Kangar iaitu Maslissa Bt Jahaya(Atendan Kesihatan RSK).