Khamis, 27 Ogos 2015

PROGRAM PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN 2015







26-29/8/2015 - Seramai 16 orang kakitangan RSK Kangar telah menyertai kontijen Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dalam Program Pemantapan Kerja Berpasukan atau dikenali sebagai acara sukan Jabatan. Pasukan Bola Tampar Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKMN Ps) muncul naib juara Program yang berlangsung di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah itu.

Sabtu, 22 Ogos 2015

KAKITANGAN SEDANG DIRAWAT DI HTF

22/8/2015 - Pembantu Perawatan Kesihatan En. Shukor Abd Rahim telah dibawa unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah disebabkan jatuh di tandas pada jam 5.30 pagi tadi. Pihak HTF masih mengenal pasti masalah kesihatan beliau. Seluruh warga RSK Kangar berdoa semoga beliau cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Ahad, 9 Ogos 2015

LAWATAN MESRA AIDILFITRI TIMBALAN MENTERI KPWKM














8/8/2015- YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Ahli Parlimen Beaufort P.177, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia meluangkan masa hampir 3 jam di Rumah Seri Kenangan Kangar, institusi bagi warga emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Lawatan Mesra Aidilfitri Timbalan Menteri merangkumi taklimat daripada pengurusan RSK dan sumbangan duit raya bersempena Aidilfitri kepada warga emas dan anak-anak yatim.

MAJLIS HARI RAYA SMK KUALA PERLIS



















8/8/2015- Badan Kebajikan Guru dan Staf, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis telah menganjurkan sebuah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga emas RSK Kangar sebagai satu usaha mendidik pelajar menghargai pengorbanan ibu bapa dan golongan tua yang tersisih masyarakat.

Sabtu, 8 Ogos 2015

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI BERSAMA LEMBAGA PELAWAT RSK












7/8/2015 - Lembaga Pelawat RSK Kangar telah mengadakan Sambutan Aidilfitri bersama Warga Emas. Program sambutan Hari Raya diadakan setiap tahun bagi tujuan memberi kegembiraan serta keceriaan penghuni agar mereka merasai suasana menyambut Aidilfitri bersama kakitangan serta keluarga. 

Selasa, 4 Ogos 2015

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MPK




4/8/2015 - Seramai 5 orang kakitangan pengiring telah dijemput untuk memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Perbandaran Kangar yang bertempatan di persisiran Sungai Korok. 

KURSUS CARA PENYUSUNAN UBAT













4/8/2015 - Unit Klinik RSK Kangar telah menganjurkan Kursus Cara Penyusunan Ubat dan Kaunseling Ubat dengan menjemput penceramah dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Hospital Tuanku Fauziah. Kursus ini berlangsung di Dewan Seri Kenangan dan berakhir dengan aktiviti sukaneka bersama warga emas.