Selasa, 23 Februari 2016

PERAYAAN CHAP GOH MEI





22/2/2016 - Seramai 8 orang penghuni Cina telah dibawa untuk merayakan malam Chap Goh Mei di Dewan Tokong Sayur, Kangar.

Isnin, 22 Februari 2016

KULIAH AGAMA BULANAN









22/2/2016 - Biro Agama Islam RSK Kangar menjemput Ustaz Nur Sulaiman Zulkapli (Pegawai Institut Sunnah & Irsyad) untuk menyampaikan kuliah dhuha di surau RSK Kangar yang dihadiri oleh semua penghuni sihat dan kakitangan bertugas pada hari tersebut.

Sabtu, 20 Februari 2016

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA













20/2/2016 - Seramai 20 orang penghuni bersama-sama 4 orang kakitangan termasuk Tuan Penguasa telah dibawa ke Pusat Komuniti Unimap sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Lembaga Pelawat RSK Kangar.

Khamis, 18 Februari 2016

GOTONG-ROYONG KECERIAAN INSTITUSI








18/2/2016 - Biro Keceriaan Institusi RSK telah menganjurkan kerja gotong-royong mengecat pondok pengawal dan kawasan parkir kenderaan bagi menambah keceriaan institusi

OPERASI MENYELAMAT KUCING










18/2/2016 - JPAM telah menjalankan sebuah operasi menyelamat kucing jururawat Pn. Chitra yang terdampar diluar balkoni tingkat 4, kuarters kakitangan Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah. Operasi berjalan dengan lancar dan selamat.

Sabtu, 13 Februari 2016

KENDURI PERKAHWINAN KAKITANGAN





13/2/2016 - 6 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan kakitangan Taska Penyayang Permata di Taman Emas, Bukit Keteri, Perlis.

Selasa, 9 Februari 2016

JAMUAN TAHUN BARU CINA




















8/2/2016 - Sebuah jamuan Tahun Baru Cina telah diadakan di Dewan Makan RSK Kangar, dimana angpau turut diberikan kepada warga emas sebagai tanda kegembiraan kepada mereka tanpa mengira bangsa.