Rabu, 21 Disember 2016

Projek Naik Taraf Bilik Mesyuarat RSK Kangar

Bersempena usia Bilik Mesyuarat yang telah usang dan ada diantara bingkai kayu yang telah dimakan anai-anai dan memerlukan naik taraf@penyelengaraan, kakitangan mahir RSK Kangar telah diamanatkan oleh Tuan Penguasa RSK, Che Ahmad b. Che Noor supaya menjalankan Projek Penyelengaraan dan Pengubahsuaian. Kakitangan mahir yang terlibat didalam projek ini ialah Pembantu Perawatan Kesihatan Encik Azman b. Bidin dan Encik Mohd Hanif b. Azamat. Mereka telah bertungkus lumus dalam menjayakan projek ini dan semoga Allah S.W.T memberi balasan yang setimpal diatas kerja keras dan keikhlasan mereka dalam usaha mengharmonikan RSK Kangar.









Sabtu, 5 November 2016

PROGRAM JALINAN KASIH AKADEMI PENGAJIAN BAHASA: KHIDMAT MASYARAKAT PERLIS

Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Perlis telah berjaya mengadakan Program Jalinan Kasih bertempat di RSK Kangar. Program ini dilaksanakan bertujuan:-

  1. Memupuk sikap keperdulian dan keperihatinan UiTM Perlis dan warganya terhadap masyarakat khususnya yang kurang bernasib baik.
  2. Memberi khidmat nasihat dan sokongan serta motivasi kedapa peserta dan golongan sasar.
  3. Menimbulkan kesedaran pada golongan muda khususnya mahasiswa tentang tanggungjawab terhadap golongan berusia khususnya ibu bapa mereka.
Diantara yang terlibat didalam program ini ialah pelajar-pelajar dari Akademi Bahasa Uitm Perlis, pensyarah UiTM, pengiring, warga emas RSK dan staff RSK. Pengisian program adalah seperti gotong-royong, sesi beramah mesra bersama warga emas, nasihat dan motivasi agama dan diakhiri dengan penyampaian hadiah. Sekalung tahniah diucapkan kepada Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Perlis diatas kejayaan program tersebut.












Khamis, 3 November 2016

GOTONG ROYONG KAKITANGAN RUMAH SERI KANGAR

Kakitangan RSK Kangar telah mengadakan kerja gotong-royong di asrama penghuni RSK. Objektif kerja adalah bagi menjaga kebersihan asrama disamping membaik-pulih/ menukar katil-katil asrama yang sudah usang dan rosak. Keceriaan asrama penghuni juga diutamakan. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat.











Selasa, 25 Oktober 2016

LAWATAN DARIPADA SMK SIMPANG KUALA

SMK Simpang Kuala, Kedah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bertujuan mendidik dan mendekatkan pelajar-pelajar SMK Simpang Kuala dengan warga emas penghuni RSK Kangar. Diakhir lawatan, SMK Simpang Kuala telah memberi sumbangan berupa 2 kerusi roda (light weight) dan 65 pek pampers dewasa, dimana difahamkan oleh guru-guru SMK Simpang Kuala bahawa sumber wang yang digunakan untuk membeli barang-barang sumbangan ini adalah hasil daripada usaha keras pelajar-pelajar SMK Simpang Kuala itu sendiri dalam mencari dan mengumpul dana. RSK Kangar mengucapkan terima kasih kerana kerja keras dan keihlasan para pelajar dan guru-guru SMK Simpang Kuala dalam menjayakan program ini dan diatas kesudian melawat penghuni-penghuni RSK Kangar serta sumbangan yang diberikan. Sekalung tahniah juga RSK Kangar ucapkan kepada guru-guru SMK Simpang Kuala kerana berjaya mendidik dan menanam sikap positif  para pelajar SMK Simpang Kuala supaya lebih menghargai dan menghormati  masyarakat warga emas.




















Sabtu, 8 Oktober 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2016

RSK Kangar telah mengadakan aktiviti Senaman Pagi Perdana bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2016 dengan jayanya. Program ini disertai seramai 80 orang terdiri daripada Tuan Penguasa RSK, En. Ahmad bin Che Noor, kakitangan dan penghuni RSK. Program Senaman Pagi Perdana ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 10:00 pagi diketuai oleh Jurufisio RSK, En. Naqiuddin Shah Muzafar Shah.


Ketika ditemuramah Jurufisio RSK En. Naqiuddin Shah menyatakan perasaan gembira beliau dan sangat berpuas hati dengan pernyertaan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di RSK Kangar ini.