Jumaat, 23 Februari 2018

PROGRAM SEMBANG SANTAI DI WANG ULU

Bahagian Pengurusan Warga Emas RSK Kangar telah mengadakan Program Sembang Santai Di Wang ULU. Program tersebut disertai oleh 2 orang kakitangan RSK dan 8 orang penghuni lelaki RSK. Antara pengisian program ialah minum pagi di kedai kopi dan aktiviti riadah di Kuala Perlis.




























Jumaat, 16 Februari 2018

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA RSK KANGAR 2018

RSK Kangar telah mengadakan Majlis "Makan Besar" sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 bagi bersama-sama meraikan penghuni RSK yang berbangsa Cina khas nya, Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berbahagia En. Bohari bin Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, En. Mohamad Arif bin Ishak, Penguasa RSK Kangar dan kakitangan RSK Kangar. Penguasa RSK Kangar juga turut memberi angpow kepada kesemua penghuni RSK Kangar, terima kasih diucapkan kepada kesemua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Majlis Makan Besar ini.











Sabtu, 10 Februari 2018

PROGRAM RAMAH MESRA KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Seramai 40 orang pelajar, 3 orang pensyarah dan 28 warga emas RSK telah terlibat dalam Program Ramah Mesra Kolej Matrikulasi Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, sesi ramah mesra, aktiviti bebas, senaman pagi dan persembahan daripada pelajar Kolej Matrikulasi Perlis. Di akhir program, wakil pelajar telah menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan dan wang tunai sebanyak RM1,814.00.