Ahad, 29 Mei 2016

PROGRAM UiTM BERSAMA WARGA EMAS


28/5/2016 - Seramai 10 orang pelajar dengan diiringi 1 orang pensyarah dari Fakulti Kamunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara telah datang ke RSK Kangar untuk menjalankan sesi temubual bersama warga emas.

Rabu, 25 Mei 2016

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

24/5/2016 - Seramai 7 orang penghuni seramai 3 kakitangan telah dijemput untuk menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam sempena Yakini Halal Malaysia Peringkat Negeri Perlis, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Teknologi Mara Perlis (UiTM) dan Jawatankuasa Kariah Masjid al-Muhamadiah, Guar Gajah, Arau.

Selasa, 24 Mei 2016

MESYUARAT LANTIKAN PENGHULU






23/5/2016 - Sebuah mesyuarat bersama penghuni warga emas telah dipengerusikan oleh Tuan Penguasa bagi melantik penghulu dan timbalan penghulu. Penghuni Hassan Mustafa telah terpilih sebagai Penghulu, manakala penghuni Maznah Ridzuan dilantik menjadi Timbalan Penghulu.

Sabtu, 21 Mei 2016

KAYUHAN KASIH SEMPENA KEPUTERAAN RAJA PERLIS KE-73














20/5/2016 - Seramai 20 orang kakitangan termasuk Tuan Penguasa telah berkhidmat sebagai sukarelawan dalam Program Kayuhan Kasih semperna ulang tahun hari keputeraan Raja Perlis ke-73, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menyertai kayuhan yang turut disertai Ketua Pengarah JKMM, Zulkiply Ramly.

Jumaat, 20 Mei 2016

MAJLIS JAMUAN TEH & PERASMIAN STESEN KTM

















19/5/2016 - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mencatat sejarah apabila melancarkan Stesen Diraja Arau hari ini, iaitu stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang pertama dirasmikan oleh raja Melayu. Majlis disempurnakan baginda dengan menandatangani plak pe­rasmian di stesen berkenaan pada pukul 3 petang.

Pelancaran itu adalah bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-73, Tuanku Syed Sirajuddin kelmarin, yang dihadiahkan KTMB. Serentak itu juga, set perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Gemas, Negeri Sembilan-Padang Besar ditukar nama kepada Ekspres Perlis. Sempena perasmian itu, Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menaiki ETS dari stesen tersebut ke Stesen KTMB Padang Besar dan pulang semula. Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden KTMB, Lef. Kol. (B) Datuk Sarbini Tijan. Manakala 20 orang penghuni bersama 10 orang kakitangan RSK Kangar turut dijemput menghadiri majlis jamuan teh dan bersama-sama menaiki tren elektrik ke Padang Besar.

Rabu, 18 Mei 2016

KHIDMAT MASYARAKAT UPSB

















17/5/2016 - Anak syarikat milik penuh Universiti Utara Malaysia, (UPSB) Uniutama Property Sdn. Bhd. telah menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat di RSK Kangar yang disertai 40 orang kakitangan.

Ahad, 15 Mei 2016

KONVOI MOTORSIKAL GOLDWING













14/5/2016 - Kumpulan motorsikal berkuasa tinggi sebanyak (300 buah) dengan bilangan ahli seramai 420 orang telah berkunjung dan menyampaikan sumbangan tunai kepada Pengarah JKM Negeri Perlis, Tuan Haji Zaimi Abdul Rani yang mewakili RSK dan seluruh warga emas.