Selasa, 28 Mei 2013

LAWATAN PUSPANITA RISDA MALAYSIA









28/5/2013 - Pusnita Risda Malaysia yang disertai oleh 50 orang ahli telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi mengambil iktibar dari kes-kes warga emas yang disisihkan keluarga. Pengerusinya, Datin Rafiah Bt Mustafa telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan cenderahati kepada RSK Kangar.

KURSUS KEWANGAN DAN INTERGRITI










28/5/2013 - Unit Kaunseling dan Psikologi RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Kursus Kewangan dan Intergriti yang bertempat di bilik mesyuarat RSK. Seramai 30 orang kakitangan telah menyertai Kursus pendek ini.

Isnin, 27 Mei 2013

MAJLIS KARISMA 1 AZAM DI CHUPING













27/5/2013 - RSK Kangar telah terlibat secara langsung sebagai AJK persiapan makanan di Majlis Karisma 1Azam yang berlangsung di Kampung Sungai Serai, Chuping Perlis. Manakala 10 orang warga emas turut menyertai pelancaran majlis tersebut yang sempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur. Ketua Setiausaha. Kementerian Penbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man.

Ahad, 26 Mei 2013

LAWATAN MAHASISWA DPP PROTON UUM













25/5/2013 - EXCO Hal Ehwal Pelajar Siswi, PROTON DPP yang disertai 17 orang mahasiswa telah menganjurkan Lawatan ke RSK Kangar sebagai satu program memupuk sikap prihatin kepada warga emas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, ice-breaking dan ramah mesra, sukaneka; baling bola ping pong dalam bakul, balut mumia, bowling kelapa, tarian dan penyampaian hadiah.

Khamis, 23 Mei 2013

LAWATAN KE UNIMAP















22/5/2013 - RSK Kangar telah mengadakan sebuah Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Malaysia Perlis sebagai salah satu aktiviti rekreasi penghuni. Lawatan ini turut disertai Tuan Penguasa dan pelatih-pelatih fisioterapi ACMS.