Selasa, 20 September 2016

Program IM4U Bersama Warga Tua oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis

Program IM4U bersama warga emas Rumah Seri Kenangan Kangar anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis telah dilaksanakan di RSK Kangar. Program ini melibatkan 75 orang ahli PUSPANITA dan sukarelawan. Antara aktiviti dan pengisian yang dijalankan adalah:

i. Mencuci dan menggunting rambut penghuni wanita.
ii. Menukar cadar dan mengemas katil penghuni.
iii. Melayan penghuni uzur makan.

Sekalung tahniah kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis diatas kejayaan program tersebut dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama Warga Emas RSK sepanjang program berlangsung.







Sabtu, 17 September 2016

LAWATAN KE PULAU PANGKOR, WARGA RSK

Program rekreasi melawat dan menikmati keindahan Pulau Pangkor, Penghuni dan kakitangan RSK telah berjaya dilaksanakan pada 16 dan 17 September 2016. Tuan Penguasa, kakitangan dan penghuni RSK yang sihat bersama-sama menyertai program ini dengan jayanya. 














Khamis, 15 September 2016

MAKLUMAN PERTUKARAN PENGUASA RSK KANGAR

Sukacita dimaklumkan bahawa En.Che Ahmad bin Che Noor telah dilantik sebagai Penguasa RSK Kangar yang berkuatkuasa mulai 15 september 2016 menggantikan En. Manab bin Mehat yang bertukar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah di Bahagian Kanak-Kanak, Selamat datang diucapkan kepada Peguasa baru RSK Kangar, En.Che Ahmad bin Che Noor dan ucapan terima kasih yang tak terhingga diucapkan juga kepada Mantan Peguasa RSK Kangar, En. Manab bin Mehat segala jasa Tuan selama berkhidmat di RSK Kangar akan sentiasa dihargai dan dikenang.

                   En.Che Ahmad bin Che Noor              En. Manab bin Mehat

Rabu, 14 September 2016

MAJLIS KORBAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

RSK Kangar telah berjaya mengadakan Majlis Korban Bersempena Hari Raya Aidiladha. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran semua warga RSK. Seekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan.





Isnin, 12 September 2016

MAJLIS MAKAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA

RSK Kangar telah mengadakan Jamuan Makan Bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha bertempat di Dewan Makan RSK bertujuan untuk meraikan dan bersama-sama menikmati kemeriahan sambutan hari mulia. Majlis telah dihadiri oleh Tuan Penguasa RSK, kakitangan RSK dan penghuni warga emas.