Rabu, 30 Disember 2009

PROGRAM 'BICARA MUFTI' SEMPENA MAAL HIJRAH TAHUN 2009





29 Dis 2009- Program 'Bicara Mufti" sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Anjuran bersama Kerajaan Negeri Perlis, JKMN Perlis , Majlis Kebajikan Negeri Perlis & JAKIM telah diadakan bertempat di Rumah Seri Kenangan Kangar. Tetamu yang hadir adalah seramai hampir 600 orang yang melibatkan Ketua Jabatan, NGO's, Rumah Sejahtera,masyarakat sekitar,, diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Perlis dan isteri serta VIP-VIP lain yang hadir. Kakitangan RSK Kangar terlibat bagi Persiapan Tempat dan Hiasan dewan dsb. Manakala warga emas RSK mendapatkan sumbangan wang tunai yang diberikan sendiri oleh Menteri Besar Perlis.

Ahad, 20 Disember 2009

MUZIUM DIRAJA KEDAH





20/12/2009 - Seramai 20 orang penghuni dan 10 orang pegawai pengiring terlibat dengan rekreasi penghuni ke Muzium Di Raja Kedah, seterusnya rombongan lawatan terus menghadiri jemputan kenduri perkahwinan anak kepada Pengarah Kebajikan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkiply Bin Ramli yang berlangsung di Kompleks Penyayang Sungai Petani Kedah.

Khamis, 10 Disember 2009

LATA BAYU & PANTAI MERDEKA

07 Disember 2009- Seramai 38 orang penghuni dan kakitangan pengiring telah mengadakan program rekreasi penghuni ke Lata Bayu dan Pantai Merdeka, Kedah. Program rekreasi ini diadakan bagi memberi kegembiraan serta keseronokan kepada penghuni di samping menjalani aktiviti Fisioterapi di Pantai Merdeka yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai pengiring RSK termasuk Fisioterapis RSK Kangar.

Khamis, 3 Disember 2009

SUMBANGAN LEMBU SEMPENA AIDILADHA TAHUN 2009



28hb November 2009- RSK Kangar mendapat sumbangan sebanyak 3 ekor lembu dari Encik Johanis sempena Hari Raya Korban (Aidiladha). Atas persetujuan dari penyumbang, RSK Kangar menerima 2 ekor lembu sahaja, manakala seekor lembu lagi diserahkan kepada Pertubuhan Anak Yatim Negeri Perlis (PEYATIM). Program penyembelihan Lembu tersebut diadakan pada Hari Raya Kedua,bertempat di Kawasan Berdekatan Surau RSK Kangar.
Daging Lembu tersebut diagihkan kepada Kakitangan serta Warga Emas RSK Kangar pada hari tersebut. Program tersebut diuruskan oleh Puan Harison bt Husin (PPM Kanan) RSK Kangar. Kakitangan yang hadir,turut membantu program penyembelihan lembu tersebut. Penguasa RSK Kangar turut hadir pada hari tersebut.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2009

27hb November 2009- Warga Emas menyambut Hari Raya Aidiladha dimana duit raya turut diberikan kepada warga emas bagi memberikan kegembiraan kepada mereka. Sambutan raya ini diadakan bertempat di Dewan Makan RSK Kangar pada Hari Raya Pertama.

TILAWAH AL-QURAN & NASYID JKMM TAHUN 2009


21hb - 25hb November 2009 - Seramai 2 orang Warga Emas RSK Kangar mewakili JKMN Perlis bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid JKMM tahun 2009 bertempat di Uitm Seri Iskandar, Perak iaitu Haji Zoki bin Ismail bagi Kategori Institusi (Lelaki) berumur 60 tahun ke atas, dan Hajah Haminah binti Abdul Rahman bagi Kategori Institusi (Wanita) berumur 60 tahun ke atas. Hajah Haminah telah berjaya mendapat tempat KETIGA dalam tilawah Al-Quran tersebut. Selain itu, seramai 7 orang kakitangan RSK Kangar turut terlibat mewakili Kumpulan Nasyid JKMN Perlis. Manakala Penguasa RSK Kangar diberi tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen JKMN Perlis.