Khamis, 31 Oktober 2013

GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN INSTITUSI










30/10/2013 - Sebuah gotong-royong membasmi pembiakan pijat di asrama telah dilaksanakan dengan kaedah semburan api yang lebih praktikal. Kaedah meracun oleh syarikat kawalan serangga telah dilakukan sebanyak 2 kali tetapi kurang memberikan kesan.

Jumaat, 25 Oktober 2013

HARI WARGA TUA PERINGKAT KEBANGSAAN

 


















22/10/13 - Seramai 12 orang penghuni dengan diiringi 8 orang pegawai pengiring termasuk Timbalan Penguasa RSK, Pn. Fatimah Othman telah ke Sultan Ahmad Shah International Convention Center, The Zenith Hotel, Pahang bagi menyambut Hari Warga Tua Peringkat Kebangsaan dengan tema "Ilmu Dijunjung Warga Emas Disanjung".

Selasa, 22 Oktober 2013

LAWATAN SMK PAUH







22/10/2013 - SMK Pauh, Arau telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar dengan disertai oleh 40 orang pelajar dan 4 orang guru. Semoga lawatan sebegini memberikan pengajaran dan pengalaman berguna kepada setiap pelajar disamping meraikan Hari Raya Haji bersama warga emas yang disisihkan.

BENGKEL PERGIGIAN WARGA EMAS

22-22/10/20123- Unit Pergigian Klinik Kesihatan Arau telah menganjurkan sebuah bengkel pergigian dan pemeriksaan gigi kepada seluruh warga emas di RSK Kangar.

Ahad, 20 Oktober 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TIGA SEKOLAH











20/10/2013 - Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Budriah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman dan Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Aziz, Perak telah bergabung mengadakan lawatan sambil belajar untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat penghuni warga emas yang menerima perlindungan dan jagaan di RSK Kangar ini.

Jumaat, 18 Oktober 2013

KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA




















17/10/2013 - RSK Kangar telah menyempurnakan ibadah korban sempena Aidil Adha di perkarangan surau dengan kerjasama seluruh kakitangan RSK Kangar.