PERMOHONAN KEMASUKAN

KAEDAH KEMASUKAN & PEMBEBASAN

Kaedah Kemasukan Penghuni

melalui 2 cara iaitu :
i. Permohonan secara sukarela melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah @ Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri atau melalui Perintah Mahkamah

ii. Permohonan melalui Pengarah JKM Negeri dan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia mengikut Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang Tua 1983.

Kelayakan :
- daif dan berumur lebih 60 tahun
- tidak mengidap penyakit berjangkit
- tidak mempunyai sanak-saudara atau penjaga
- tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
- mempu menguruskan diri sendiri/boleh berdikari

Kemasukan orang papa dan kuturayau melalui Perintah Mahkamah Majistret mengikut Akta Orang Papa 1977 untuk :

-tahan sementara untuk siasatan
-dalam perjalanan sebelum dipindahkan ke Desa Bina Diri Mersing atau
jagaan dan perlindungan (mereka yang berumur 60 tahun ke atas)

* PEMBEBASAN PENGHUNI

- Melalui dua cara iaitu :-
i ) Mengikut Seksyen 8 Akta Orang Papa 1977 (Perintah Mahkamah).
ii ) Kaedah 66 Pengurusan Rumah Orang Tua 1983 dimana Penguasa berhak membebaskan penghuni sekirannya :-

a) Ada orang yang bersedia untuk memberi penjagaan dan perlindungan yang sempurna atau;

b) Penghuni berkenaan mempunyai sesuatu mata pencarian untuk menyara hidupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan