Khamis, 30 April 2015

KIK PADU DENTAL


Kumpulan Kreatif dan Inovatif dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, KIK Padu Dental telah datang ke RSK Kangar membuat ujikaji ciptaan mereka.

Sabtu, 25 April 2015

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA (PMS)

 
24/4/2015 - Seramai 7 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan telah dibawa Program Merakyatkan Seni Budaya Karnival Memancing anjuran JKKN Perlis bersama Kelab 60an Pop Yeh Yeh untuk turut bersama dalam aktiviti Senam Seni 1 Malaysia. Pertandingan memancing ini telah disertai oleh 100 orang peserta tempatan hingga ke luar negara.

Sabtu, 18 April 2015

KAKITANGAN SEDANG DIRAWAT DI HTF


18/4/2015 - Perawatan Perawatan Kesihatan (K) En. Mustafa Salleh telah dimasukkan ke unit pejagaan rapi Hospital Tuanku Fauziah disebabkan serangan jantung. Seluruh warga RSK Kangar berdoa semoga beliau kembali sembuh seperti sediakala.

Ahad, 12 April 2015

PERTANDINGAN JUARA LAGU LOGHAT UTARA


11/4/2015 - Seramai 4 orang penghuni RSK Kangar dengan diiringi 3 orang pegawai pengiring telah dibawa menyaksikan Pertandingan Juara Lagu Loghat Utara 2015 yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perlis.

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH


11/4/2015 - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Noormah bt. Dato' Hj. Abd. Rauf telah datang membuat sebuah lawatan dan sesi bertemu warga kerja Rumah Seri Kenangan Kangar.

Ahad, 5 April 2015

PROGRAM PRIHATIN BERSAMA WARGA EMAS

 
4/4/2015 - Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia bersama Pusat Bantuan Guaman telah menganjurkan sebuah Program Prihatin Bersama Warga Emas di RSK Kangar untuk memupuk rasa tanggungjawab kepada warga emas yang tersisih dan diabaikan keluarga. Seramai 85 orang mahasiswa-mahasiswi bersama 9 orang pensyarah pengiring telah menjayakan aktiviti kerja sosial ini.