Ahad, 29 November 2015

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL UUM








28/11/2015 - Seramai 40 orang pelajar Universiti Utara Malaysia, dari Pusat Pengajian Pembangunan Sosial telah mengadakan program khidmat sosial di RSK Kangar. Antara aktiviti yang dimuatkan didalam program ini adalah gotong-royong dan sukaneka warga emas. Program diseliakan oleh Dr. Zarina Mat Saad dan Dr. Sharima Ruwaida Abbas.

Ahad, 22 November 2015

PROGRAM LAMBAIAN KASIH







21/11/2015 - 40 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial Pusat Pembangunan Sosial Kolej Sastera & Sains (CAS), Universiti Utara Malaysia menganjurkan program Lambaian Kasih di RSK Kangar bagi memenuhi keperluan tugasan kursus dan mencari pengalaman sebagai Pelatih Kerja Sosial.

Ahad, 15 November 2015

PROGRAM HANDPRINT IS BETTER THAN FOOTPRINT

















14/11/2015 - 150 orang pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Arau telah menganjurkan Operasi Khidmat Masyarakat 2015 dengan tema "Handprint is better than Footprint". Program tersebut memuatkan aktiviti gotong-royong, persembahan, jamuan dan tayangan video.

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI
























14/11/2015 - Majlis sambutan Hari Deepavali telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dan Perusahaan Cahaya Murni. Majlis yang bertempat di RSK Kangar ini turut menerima kehadiran DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato Seri Shahidan Kassim, Ketua Pengarah JKMM dan Pengarah JKMN Perlis.

Artikel mengenai pemilik Perusahaan Cahaya Murni.