Khamis, 19 November 2009

KARNIVAL WARGA EMAS JKMM TAHUN 2009




14hb November 2009 - Karnival Warga Emas (KAWE'09) Peringkat JKMM telah diadakan bertempat di Taman Cheras Ulu, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 39 orang Warga Emas serta kakitangan pengiring RSK Kangar hadir memeriahkan program tersebut. Program KAWE'09 ini dianjurkan oleh Bahagian WTK, JKMM. Ia diadakan sempena menghargai atau mengingati Warga Emas Institusi JKMM. Rombongan RSK Kangar diketuai oleh Puan Harison binti Hussin (PPM Kanan) RSK Kangar. Pelbagai acara dipertandingkan dan Warga Emas RSK Kangar mendapat JOHAN bagi 2 acara yang dipertandingkan. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT NEGERI PERLIS

14hb November 2009- JKMN Perlis dengan kerjasama Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato' Syeikh Radzi bin Ahmad yang mewakili Menteri Besar Perlis yang tidak dapat hadir. Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKMM iaitu Puan Halijah binti Yahaya. Majlis turut dijayakan dengan persembahan Koir RSK Kangar yang terdiri dari seramai 14 orang. Warga Emas RSK Kangar turut hadir sama dalam Majlis tersebut. Seramai 14 orang Ahli Lembaga Pelawat RSK turut menerima Watikah Pelantikan pada majlis tersebut.