Ahad, 31 Januari 2016

PROGRAM TAUTAN KASIH SERI KENANGAN 2016


















30/1/2016 - 30 orang pelajar MDAB, dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (Uitm) Perlis telah mengadakan Program Tautan Kasih Seri Kenangan di RSK Kangar. Terdapat pelbagai pengisian program rohani yang telah dijalankan dari pagi hingga petang pada tarikh tersebut antaranya sesi kuliah agama, sukaneka dan ramah mesra dan persembahan tarian.

Sabtu, 30 Januari 2016

SUKANEKA WARGA EMAS











29/1/2016 - Pelajar Praktikum USM telah menganjurkan Sukaneka Warga Emas di pondok wakaf bersebelahan Dewan Seri Kenangan sebagai aktiviti kecergasan dan rekreasi penghuni. Aktiviti sebegini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan sesama penghuni dan menghilangkan rasa bosan.

Jumaat, 29 Januari 2016

GOTONG-ROYONG KECERIAAN INSTITUSI








28/1/2016 - Biro Keceriaan RSK telah mengadakan gotong-royong menyimen tapak pili air untuk kegunaan menyiram pokok yang telah siap dipasang minggu lalu. 

Selasa, 26 Januari 2016

KULIAH AGAMA BULANAN















25/1/2016 - Biro Agama Islam RSK Kangar menjemput Ustaz Nasrul Che Ali dari UNIMAP untuk menyampaikan kuliah dhuha di surau RSK Kangar yang dihadiri oleh semua penghuni sihat dan kakitangan bertugas pada hari tersebut.

Ahad, 24 Januari 2016

FESTIVAL WAU TERBESAR 2016










23/1/2016 - Seramai 5 orang penghuni dengan diiringi Pn. Fairuz Mat Isa dan En. Roshidi Rahman telah dibawa menghadiri Festival Wau Terbesar 2016 pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam | Padang Bola Sepak SMK Mata Ayer, Perlis.