Ahad, 26 Oktober 2014

MAJLIS PERAYAAN HARI DEEPAVALI PARLIMEN ARAU


25/10/2014 - Sebuah Majlis Perayaan Hari Deepavali Parlimen Arau yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Umno Bahagian Arau telah berlangsung di RSK Kangar. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Shahidan Bin Kassim.

REKREASI PENGHUNI KE PASAR PAGI



 
24/10/2014 - Seramai 7 orang penghuni sihat dengan diiringi 4 orang kakitangan telah dibawa ke Pasar Pagi Behor Lateh sebagai salah satu aktiviti riadah dan rekreasi penghuni.

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LSUS) PERLIS 2014.




25-26/10/2014 - JKMN Perlis telah menyertai Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Perlis 2014 yang bertempat di Stadium Utama Kangar. Pasukan JKMN Perlis adalah gabungan kakitangan Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Rumah Kanak-Kanak Arau dan Rumah Seri Kenangan Kangar. Keputusan rasmi:

FUTSAL LELAKI TEMPAT KE-4

FUTSAL WANITA TEMPAT KE-2

BOLA JARING WANITA TEMPAT KE-2

Tahniah diucapkan.



Khamis, 23 Oktober 2014

MAJLIS RUMAH TERBUKA DEEPAVALI
















 
23/10/2014 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bersama En. Kumaran a/l Marimuthoo (Usahawan OKU) telah menganjurkan sebuah Majlis Rumah Terbuka Deepavali di RSK Kangar yang disempurnakan oleh YB hajjah Rela Ahmad, exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ahad, 19 Oktober 2014

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN DWEN TAHUN 2014





18/10/2014- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang telah mengadakan sebuah Program Pendidikan dan Kerohanian Dasar Warga Emas kepada 40 orang ahli kelab pembimbing rakan sebaya 2014. Program ini diseliakan oleh 4 orang guru.

Rabu, 15 Oktober 2014

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI JKMM 2014







 
14/10/2014 - Kumpulan Inovasi RSK Kangar telah berangkat ke PLPP Bangi bagi mempersembahan ciptaan mereka 'Easy Ramp' dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Tahun 2014, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.