Selasa, 25 Oktober 2016

LAWATAN DARIPADA SMK SIMPANG KUALA

SMK Simpang Kuala, Kedah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bertujuan mendidik dan mendekatkan pelajar-pelajar SMK Simpang Kuala dengan warga emas penghuni RSK Kangar. Diakhir lawatan, SMK Simpang Kuala telah memberi sumbangan berupa 2 kerusi roda (light weight) dan 65 pek pampers dewasa, dimana difahamkan oleh guru-guru SMK Simpang Kuala bahawa sumber wang yang digunakan untuk membeli barang-barang sumbangan ini adalah hasil daripada usaha keras pelajar-pelajar SMK Simpang Kuala itu sendiri dalam mencari dan mengumpul dana. RSK Kangar mengucapkan terima kasih kerana kerja keras dan keihlasan para pelajar dan guru-guru SMK Simpang Kuala dalam menjayakan program ini dan diatas kesudian melawat penghuni-penghuni RSK Kangar serta sumbangan yang diberikan. Sekalung tahniah juga RSK Kangar ucapkan kepada guru-guru SMK Simpang Kuala kerana berjaya mendidik dan menanam sikap positif  para pelajar SMK Simpang Kuala supaya lebih menghargai dan menghormati  masyarakat warga emas.




















Sabtu, 8 Oktober 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2016

RSK Kangar telah mengadakan aktiviti Senaman Pagi Perdana bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2016 dengan jayanya. Program ini disertai seramai 80 orang terdiri daripada Tuan Penguasa RSK, En. Ahmad bin Che Noor, kakitangan dan penghuni RSK. Program Senaman Pagi Perdana ini bermula pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 10:00 pagi diketuai oleh Jurufisio RSK, En. Naqiuddin Shah Muzafar Shah.


Ketika ditemuramah Jurufisio RSK En. Naqiuddin Shah menyatakan perasaan gembira beliau dan sangat berpuas hati dengan pernyertaan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di RSK Kangar ini.