Jumaat, 30 Ogos 2013

KEMBARA MERDEKA SMK CHUPING









30/8/2013 - SMK Chuping telah melakukan sebuah program kayuhan basikal 'Kembara Merdeka' sempena meraikan Hari Kebangsaan peringkat ke 56 ke Rumah Seri Kenangan Kangar. Seramai 50 orang pelajar telah menyertai program ini. Disamping menerapkan nilai-nilai murni terhadap kasih-sayang terhadap ibu bapa dan warga emas serta erti kemerdekaan. Program seperti ini dapat meningkatkan kesihatan dan kecerdasan kepada para pelajar. Syabas di ucapkan kepada Guru Besar, En. Azenan Bin Abdullah dan guru-guru yang terlibat.

Sabtu, 24 Ogos 2013

MAJLIS AIDILFITRI SMK DATO SHEIKH AHMAD







24/8/2013 - Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad, Arau telah mengadakan sebuah Majlis Jamuan Aidilfitri bersama-sama warga emas di Dewan Seri Kenangan. Majlis ini disertai oleh 40 orang pelajar dan guru.

Jumaat, 23 Ogos 2013

MAJLIS PERLEPASAN KONTIJEN TILAWAH JKMNPs









23/8/2013 - Sebuah majlis doa selamat dan perlepasan kontijen Tilawah dan Nasyid JKMN Perlis ke Universiti Malaya untuk pertandingan Nasyid dan Tilawah al-Quran peringat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah berlangsung di bilik mesyuarat RSK Kangar.

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN










23/8/2013- Sebuah majlis perpisahan Pembantu Tadbir (pekerja singkat), Pn. Nadzirah Bt Rosli telah dianjurkan oleh unit pentadbiran RSK Kangar. Pn. Nadzirah akan berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir dalam Kontijen Polis Diraja Malaysia bermula pada September ini. Seluruh warga RSK Kangar termasuk warga emas mendoakan segala yang terbaik dan selamat maju jaya kepada beliau.

Selasa, 20 Ogos 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT RSK KANGAR




















20/8/2013 - RSK Kangar telah menganjurkan sebuah Majlis Jamuan Aidilfitri bagi meraikan warga emas yang tiada waris dan disisihkan keluarga. YDP Baidunita, Puan Nor Aswana Bt Omar, Pengarah JKM Negeri Perlis, En. Abdullah Ali dan ahli-ahli lembaga pelawat telah hadir memeriahkan majlis ini disamping kanak-kanak dari Yayasan Anak Yatim, RKK Arau, Madrasah Addiniah Al-Islamiah (MADI) Jejawi Perlis, dan penduduk berdekatan.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan dari kontijen nasyid JKMN Perlis dan bacaan al Quran dari wakil qari JKMN Perlis untuk pertandingan tilawah peringkat JKM 2013. Kakitangan yang berbakat dalam bidang nyanyian turut membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu hari raya.