Isnin, 26 Julai 2010

PROJEK KASIH SAYANG SESAMA INSAN




25/7/2010 (Ahad) - Projek Kasih Sayang Sesama Insan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah berlangsung di RSK Kangar yang melibatkan 3 buah sekolah zon selatan Negeri Perlis. Program ini berlangsung pada 8.30 pagi dan berakhir pada 5.00 petang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah gotong-royong mengecat surau, mengemas katil dan asrama penghuni, menyajikan makanan kepada penghuni, ramah mesra, persembahan nyanyian, dan sebagainya. Program ini diseliakan oleh Pn. Mariah, En. Subri, En. Hafiz dan En. Abdul Ghaffar.

PERHIMPUNAN BULANAN JKMNPS



23/7/2010 (Jumaat) - Perjumpaan kakitangan JKM Negeri Perlis telah berlansung di Dewan Seri Kenangan RSK Kangar yang melibatkan seluruh warga JKMN Perlis. Antara aturcara program pada hari tersebut adalah Kuliah pagi, Pemberian hadiah sempena hari kelahiran kakitangan dan anugerah perkhidmatan cemerlang, perkenalan kakitangan baru dan kenaikan pangkat, jamuan dan pelbagai lagi acara bagi meraikan kakitangan JKM disamping merapatkan hubungan sesama jabatan.

Ahad, 18 Julai 2010

PROGRAM AL KULLIYAH DI TV3





15-16/7 /2010- Seramai 16 orang penghuni bersama 20 orang kakitangan pengiringi yang terdiri daripada Biro Agama Islam RSK telah mengikuti siaran langsung Al Kulliyah di Seri Pentas, TV3 sebagai satu aktiviti rekreasi penghuni. Penghuni sebelum itu turut dibawa menikmati satay Kajang di Restoran Haji Samuri dan berkunjung ke Pameran Floria 2010 di Putrajaya.

Lihat rakaman rancangan Al Kulliyah disini

Rabu, 7 Julai 2010

KURSUS 'INSITU' RSK KANGAR



7hb - 9hb Julai 2010- Bahagian WTK, JKMM telah menganjurkan kursus INSITU bertajuk - Care Givers selama 3 hari kepada kakitangan RSK Kangar. Seramai 42 orang kakitangan pelbagai jawatan terlibat dalam kursus ini. Antara penceramah yang dijemput adalah dari Jabatan Kesihatan, Hospital, Pegawai JKMN Perlis dan Unit Kaunseling JKMN Perlis.

REKREASI KE TASIK TEMA JITRA

6/7/2010 (Selasa) - Seramai 15 orang penghuni dan 10 orang kakitangan pengiring telah mengikuti riadah petang ke Tasik tema Jitra yang merupakan aktiviti bulanan RSK Kangar. Penghuni dibenarkan bersiar-siar dibawah pantauan kakitangan bagi mengelakkan rasa bosan dan mengurangkan tekanan perasaan.

SEMINAR PENGHAYATAN ISRAK MI'RAJ





5/7/2010 (Isnin) - Biro Agama Islam telah menganjurkan sebuah Seminar Penghayatan Israk Mikraj yang berlangsung selama sehari di Dewan Kenangan. Peserta terdiri dari kakitangan RSK dan JKMN Perlis.

JAMUAN PULUT DURIAN

4/7/2010 (Ahad) - Bendahari Lembaga Pelawat, En. Yap Hock Siew telah mengadakan sebuah majlis minum petang pulut durian kepada semua penghuni RSK di Dewan Makan. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama penghuni, kakitangan dan pihak luar.