Isnin, 30 Ogos 2010

JALINAN KASIH RAMADAN




28/8/2010 (Sabtu) - Program Jalinan Kasih Ramadhan yang dianjurkan oleh Biro Kemudahan & Perkhidmatan, Jawatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Penginapan Pelajar EON, UUM telah berlangsung pada jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Antara tentatif program yang melibatkan seramai 38 siswa-siswi ini adalah sesi ramah mesra, gotong royong, sukaneka, majlis berbuka puasa bersama pelajar, dan solat sunat tarawikh bersama-sama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Perlis.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KELAB RAKAN MUDA





27/8/2010 - Seramai 8 orang penghuni lelaki dan 6 orang penghuni wanita telah dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa dimajlis yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Kangar (04-9762425) yang bertempat di Putra Palace Hotel. Turut hadir bersama meraikan penghuni RSK, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang menyumbangkan kuih dan duit raya kepada penghuni.

Isnin, 23 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA EMAS


22/8/2010 (Ahad) - Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) buat kali ke-2 telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama warga emas RSK. Antara tentatif lain adalah sesi ramah mesra, membantu menyajikan hidangan dan solat berjemaah di surau.

LAWATAN BUDDIST SOCIETY UNIMAP




21/8/2010 (Sabtu)- Seramai 61 orang siswa dan siswi Universiti Malaysia Perlis dari Buddist Society telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar. Antara tentatif program adalah lawatan dan sesi ramah mesra, membantu penghuni mengemas dan menyajikan juadah minum petang kepada penghuni yang tidak berpuasa dan sumbangan buah kurma.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PM MALAYSIA

20/8/2010 (Jumaat) -Seramai 10 orang kakitangan RSK telah turut bersama menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan 2020, Kangar. Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 6,000 penduduk Perlis di Dewan 2020 di sini beliau meminta supaya semua pihak berusaha sedaya upaya menggunakan apa cara sekalipun bagi mewujudkan perpaduan. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 53 penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan para peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) seluruh Perlis, selepas solat Maghrib.
Sementara itu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut hadir di majlis itu juga menyampaikan sumbangan kepada 62 anak yatim daripada asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, di majlis yang sama.Terdahulu sebelum menghadiri majlis berbuka puasa, Najib dan isteri menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid di Istana Arau.Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Rabu, 18 Ogos 2010

SEPAGI BERSAMA WARGA EMAS



14/8/2010 (Sabtu) - Persatuan Permainan Tradisional Negeri Perlis (PETRA, Tel: 04-9765501) telah mengadakan satu kunjungan dan mengadakan sesi riadah permainan tradisional seperti congkak, Dam Aji, tuju para dan guli bersama penghuni. PETRA turut menyumbangkan cenderamata kepada para penghuni yang terlibat.

KENIKMATAN RAMADHAN AL-MUBARAK

13/8/2010 (Jumaat) - Persatuan Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia telah mengadakan program Kenikmatan Ramadhan Al-Mubarak Bersama Warga Emas di RSK Kangar. Program yang berlangsung pada pukul 2 petang hingga 11 malam memuatkan slot lawatan dan ramah mesra, solat berjemaah bersama penghuni, majlis berbuka puasa, solat tarawikh dan moreh.

Sabtu, 7 Ogos 2010

KEMBARA BAKTI SISWA WILAYAH UTARA








7/8/2010 (Sabtu) - Konvoi yang disertai 96 buah motorsikal simbolik kepada pembukaan Universiti Teknologi Mara cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang telah bergerak ke RSK Kangar. Program yang disertai siswa-siswi Uitm berkenaan turut memuatkan aktiviti ramah mesra, sukaneka dan persembahan serta ceramah motivasi yang disertai oleh Pertubuhan Anak-Anak Yatim Perlis.