Ahad, 31 Julai 2011

PROGRAM SHARE WOOSH OLEH UNITEN

31/7/2011(Ahad) - Seramai 40 orang pelajar Program Pelajar Cemerlang (PPC) Fast Track tajaan MARA 2011, Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya, menerusi Program 'WOOSH' yang membawa maksud "With Orphans, Old Folks and Student's Heart' telah mengadakan sebuah program Lambaian Kasih Bingkisan Nurani yang berlangsung dengan jayanya di RSK Kangar. Program yang diiringi oleh pensyarah Cik Farhan Iza Bt Ghazali ini telah menjalankan aktiviti gotong-royong, jamuan makan tengahari, majlis tahlil dan doa selamat menyambut Ramadhan serta penyampaian sumbangan wang tunai.

Sabtu, 30 Julai 2011

SEMINAR LAMBAIAN RAMADHAN

30/7/2011 (Sabtu)- Seramai 7 orang kakitangan RSKK telah menghadiri Seminar Lambaian Ramadhan yang berlangsung di Dewan Kapitol UniMAP Kangar. Antara pembentangan yang menarik adalah Sejarah Puasa dan Ramadhan oleh Ustaz Fisol Md Isa, JKP ISMA Alor Setar, Pembentangan Amalan Sepanjang Ramadan oleh Timbalan Mufti Negeri Perlis, Ustaz Sirajuddin Abdul Sattar, dan Forum 'Ramadhan Terancang, Ibadah Cemerlang, Taqwa Terjulang" yang di pengerusikan oleh En. Mohamad Ridzuan B. Mohamad Razali.

LAWATAN AMAL NORTHERN VIVA COMMUNITY






30/7/2011 (Sabtu) - Kelab permotoran Perodua Viva iaitu Northern Viva Community telah mengadakan sebuah program Konvoi Jelajah Perlis yang telah disertai oleh 150 orang ahli ( 60 buah Perodua Viva) ke RSK Kangar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan masyarakat setempat disamping menerapkan nilai-nilai murni dikalangan ahli.

PROGRAM HIMPUNAN KASIH


29/7/2011 (Jumaat) - Seramai 20 orang guru pelatih dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan  Teaching English as a Second Languange (TESL) B Semester 2, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis telah mengadakan program khidmat masyarakat bernama "Himpunan Kasih" di RSK Kangar. Tujuan program ini adalah untuk membentuk sifat dan sahsiah terpuji disamping menanam ikatan kekeluargaan yang kukuh.

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI RUMAH PENGUASA RSK


28/7/2011 (Khamis) - Tuan Penguasa RSKK mengadakan majlis tahlil dan kenduri doa selamat di rumah nya. Seramai 15 orang penghuni lelaki dan 4 orang penghuni wanita bersama-sama kakitangan bertugas telah menghadiri majlis tersebut. Turut hadir beberapa orang kakitangan yang tinggal di kuarters.

Khamis, 28 Julai 2011

KURSUS ASAS PENJAGAAN WARGA EMAS

26-29/7/2011- Sebuah Kursus Asas Penjagaan Warga Emas yang dianjurkan oleh Institut Sosial Malaysia telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan Kangar yang di serta oleh 40 orang kakitangan JKM dari seluruh Malaysia.

SESI PENERANGAN PROGRAM YaPEIM & TAKLIMAT AMAL JARIAH

27/7/2011 (Rabu) - Pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM) telah datang ke Rumah Seri Kenangan Kangar untuk program Amal Jariah, Menyubur Rezeki, Membangun Ummah. Sesi lawatan itu adalah untuk memberi penerangan program-program anjuran YaPEIM .

LAWATAN SAMBIL BELAJAR INTAN

27/7/2011 (Rabu) - Seramai 45 orang peserta Kursus Pembangunan Sahsiah  ( termasuk urusetia) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani telah membuat lawatan ke Rumah Seri Kenangan Kangar bagi memberi pendedahan dan mempelajari tentang pembentukan akhlak mulia di kalangan penjawat awam. 

Selasa, 26 Julai 2011

PROGRAM KLINIK KULIT HOSPITAL TUANKU FAUZIAH DI RSKK

26/7/2011 (Selasa) - Klinik Dermatologi Hospital Tuanku Fauziah telah mengadakan rawatan susulan kepada 30 orang penghuni RSKK yang berlangsung pada 2.30 petang hingga 4.00 petang di Klinik RSKK. Pihak RSKK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Syarifah dan Dr. Hassan di atas usaha mereka dalam memastikan masalah penyakit kulit penghuni dapat diselesaikan.

PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 2

26/7/2011 (Selasa) - Institut Pendidikan Guru, Jitra Kedah telah mengadakan sebuah Porgram Bina Insan Gurur Semester 2 yang membabitkan 41orang guru pelatih dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam dan PISMP  Matematik. Antara tentatif program adalah senaman taici bersama warga emas, gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam RSKK, dan sesi ramah mesra.

Isnin, 25 Julai 2011

KURSUS SOLAT QASAR DAN JAMAK

25/7/2011 (Isnin) - Seramai 15 orang kakitangan RSKK pelbagai jawatan telah mengikuti Kursus Solat Qasar dan Jamak yang dianjurkan oleh Rumah Kanak-Kanak Arau. Kakitangan JKMN Perlis turut bersama mengikuti program ini yang berlangsung di Surau An-Nur, RKK Arau.

Sabtu, 23 Julai 2011

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN DI RUMAH TUAN PENGARAH JKMN PERLIS

23/7/2011 (Sabtu) - Seramai 9 orang penghuni termasuk 3 orang kakitangan dan seorang pemandu telah hadir ke rumah Tuan Pengarah, En. Ali Bin Abdullah JKMN Perlis di Taman Sri Lanchang, Jejawi yang berlangsung sebuah majlis tahlil dan kenduri kesyukuran.

TINJAUAN MESRA RAKYAT BERSAMA PM




23/7/2011 (Sabtu) - Program Tinjauan Mesra Rakyat Bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berlangsung di Dewan 2020, Kangar. Semua kakitangan RSK Kangar ( kecuali yang bertugas ) telah turut serta dalam menjayakan rangka lawatan kerja Perdana Menteri ini.

SEMINAR PENGUKUHAN GAGASAN 1 MALAYSIA

21/7/2011 (Khamis) - Seramai 4 orang kakitangan RSK Kangar telah menghadiri Seminar Pengukuhan Gagasan 1 Malaysia yang berlangsung di Dewan Kayangan, Putra Palace Hotel.

Khamis, 21 Julai 2011

KONVENSYEN KIK PERINGKAT NEGERI PERLIS


21/7/2011 (Khamis) - Kumpulan KIK Rumah Seri Kenangan Kangar telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar. KIK Rumah Seri Kenangan Kangar telah mempamerkan ciptaan E-Chair yang telah digunapakai dalam kerja-kerja pengurusan penghuni uzur di RSK ini. Kumpulan Inovasi RSK telah berjaya merangkul tempat ke-dua bagi ciptaan tersebut.

BENGKEL SOLAT PESAKIT

20/7/2011 (Rabu) - Seramai 12 orang kakitangan RSK Kangar termasuk Timbalan Penguasa telah menyertai Bengkel Solat Pesakit yang bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin, Kompleks Islam Perlis. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sirajuddin Bin Abd Satar dari Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Ustaz Hashim Bin Othman Al-Hafiz dari Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.

Rabu, 20 Julai 2011

MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG DI KUALA LUMPUR


19/7/2011 (Selasa) – Sebuah majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tahun 2011 telah diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Seramai 5 orang kakitangan RSKK iaitu En. Ahmad Raimi Azmi, Pn. Rozita Rashid, En. Mohd Muzammil Rashid Ibrahim, Pn. Nordiana Mohd Saad dan En. Rizal Saad telah menerima sijil dan insentif dari YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri KPWKM. Turut bersama menjadi penerima APC pada hari tersebut adalah Tuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, En. Abdullah Ali dan 4 orang kakitangan JKMN Perlis yang lain serta bekas Pengetua Rumah Kanak-Kanak Arau, Cik Norsuyani Mohd Noor dan 4 orang kakitangan RKK Arau yang lain.

Manakala Pn. Rosenah Othman, Ketua Kerani yang akan bersara pada bulan September ini menerima anugerah Jasamu Dikenang.


Pada malam sebelum majlis tersebut, semua penerima APC telah mengadakan sebuah majlis pertemuan dan makan malam bersama bekas Penguasa RSK Kangar, En. Syarul Nasir Mat Rais yang kini bertugas di Bahagian Warga Tua dan Keluarga di ibu pejabat.

Jumaat, 8 Julai 2011

MAJLIS PERHIMPUNAN KAKITANGAN JKMN PERLIS 1/2011

8/7/2011 (Jumaat) - Majlis Perhimpunan Kakitangan JKMN Perlis telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan RSK Kangar. Antara aturcara yang telah disempurnakan adalah Taklimat Pengurusan bencana Oleh En. Ku Chik Bin Ku Mat Esa, sesi pengenalan diri kakitangan baru, nyanyian koir, Amanat Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Penyampaian cenderahati, sijil, hadiah kepada kakitangan yang diraikan, penyampaian trofi kepada pekerja cemerlang penggal pertama 2011 dan jamuan makan.

Rabu, 6 Julai 2011

LAWATAN PUSPANITA JPJ

6/7/2011(Rabu) - Seramai 20 orang ahli Puspanita JPJ Perlis telah melakukan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar, selain melakukan aktiviti ramah mesra, Puspanita JPJ turut menyumbangkan hamper kepada penghuni RSK Kangar.

Ahad, 3 Julai 2011

SEMINAR ISRAK MIKRAJ DI RSK KANGAR







1/7/2011 (Jumaat) - Sebuah Seminar penghayatan Israk Mikraj telah dianjurkan oleh Biro Agama Islam RSK Kangar yang telah dihadiri oleh kakitangan RSK, Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dan Rumah kanak-Kanak Arau. Penceramah berpengalaman telah dijemput dari Jabatan Mufti Negeri Perlis, Ustaz Ahmad Sirajuddin dan Ustaz Ahmad Putra Bin Zainal Abidin dari Kedah. Seminar disudahi dengan kuiz serta penyampaian hadiah dan jamuan makan pulut durian yang disumbangkan oleh Lembaga Pelawat RSK. Biro Agama Islam turut membuat jamuan air tebu yang ditanam mereka di edible garden milik mereka yang bertempat di belakang surau.