Sabtu, 27 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA RSK KANGAR





26/8/2011 (Selasa) - RSK Kangar telah menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa yang bertempat di Dewan Makan RSK Kangar. Antara jemputan yang hadir untuk berbuka bersama penghuni adalah kakitangan RSK Kangar, RKK Arau, JKMN Perlis dan Ahli lembaga Pelawat. Majlis turut diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Jeffri A. Mukhti dan solat sunat tarawikh.

LAWATAN PUSAT PENGAJIAN MEKATRONIK UNIMAPS



26/8/2011 (Jumaat) - Seramai 4 orang kakitangan Universiti Malaysia Perlis, Pusat Pengajian Mekatronik yang diwakili En. Ahmad Firdaus telah hadir ke RSK Kangar dan menghulurkan sumbangan kepada warga emas yang berupa barang keperluan memasak dan wang tunai. Pihak RSK Kangar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ingatan demi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM TUANKU RAJA PERLIS

24/8/2011 (Rabu) - Seramai 10 orang kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk berbuka puasa bersama DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis yang di Dewan Warisan pada 6.30 petang.

Selasa, 23 Ogos 2011

PROGRAM BARAKAH RAMADAN

23/8/2011 (Selasa) - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bersama Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi JKMN Perlis telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan 'Barakah Ramadhan' kepada seluruh warga JKMN Perlis. Program telah berlangsung pada jam 2.45 petang di garaj kenderaan JKMN Perlis.

Ahad, 21 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN LEMBAGA PELAWAT





22/8/2011 (Ahad) - Pengerusi lembaga pelawat RSKK, Datin Seri Dato' Hajjah Shamsiah Binti Md Yasin telah menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh 20 orang penghuni muslim sihat yang bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Gajah.

Sabtu, 20 Ogos 2011

PROGRAM GUNTING RAMBUT PENGHUNI





20/8/2011 (Sabtu) - Seramai 9 orang ahli PUSPANITA Cawangan Perlis dengan kerjasama Norish Saloon telah mengadakan kerja-kerja sukarela mengunting rambut penghuni lelaki dan wanita. Program ini telah mendapat tajaan syampoo dan pencuci rambut dari HPA Industries.

Jumaat, 19 Ogos 2011

SEMINAR NUZUL AL-QURAN 1432H

19/8/2011 (Jumaat) - Biro Agama Islam RSK Kangar telah mengadakan sebuah Seminar Nuzul Al-Quran yang berlangsung di bilik mesyuarat RSK yang menampilkan 2 tajuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Bin Sahak dan Ustaz Mohamad Dhia'ul hafidh Bin fatah Yasin. Semua penghuni muslim sihat turut bersama kakitangan terbabit mengikuti seminar ini.

Khamis, 11 Ogos 2011

SUMBANGAN DARI PIZZA HUT & KFC

10/8/2011 (Rabu) - KFC Cawangan Kangar telah menyumbangkan 130 kotak snack plate, manakala Pizza Hut Cawangan Kangar pula menyumbangkan 30 kotak pizza kepada warga emas RSK Kangar sebagai juadah berbuka puasa bagi mengimarahkan Ramadan tahun inii seperti yang sering dilakukan pihak tersebut pada setiap tahun. Pihak RSK Kangar mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ingatan dan keperihatinan mereka terhadap warga emas yang disisihkan ini.

PROGRAM JEJAK UKHWAH

10/8/2011 (Rabu) - Bersempena kedatangan bulan Ramadhan, Pusat Pegajian Kejuruteraan Mikroelektrik dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Pusat Islam UniMAP telah membuat satu program kemasyarakatan di RSK Kangar yang dinamakan "Jejak Ukhwah".

Isnin, 8 Ogos 2011

MAJLIS SANTAPAN BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM RAJA PERLIS

8/8/2011 (Isnin) - Seramai 34 orang kakitangan RSK Kangar termasuk Tuan Penguasa dan Timbalan Penguasa telah dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Tuanku Raja dan Raja Perempuan Perlis di Istana Arau. Turut bersama dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut adalah 15 orang penghuni RSK Kangar.

Isnin, 1 Ogos 2011

SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN

1/8/2011 (Isnin) - Seramai 38 orang kakitangan JKMN Perlis telah menyertai Seminar Penghayatan Ramadhan 1432H yang di anjurkan Biro Agama Islam RSKK yang bertempat di Dewan Seri Kenangan, RSK.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT UNITEN






31/7/2011 (Ahad) - Program Pelajar Cemerlang tajaan MARA telah mengadakan sebuah program di RSK Kangar bertemakan 'Lambaian Kasih Bingkisan Nurani' yang disertai seramai 40 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring iaitu Cik Farhan Iza Bt Ghazali.