Friday, September 30, 2011

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2011

1/10/2011 (Sabtu) - Seramai 15 orang penghuni sihat telah berangkat untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Warga Emas Tahun 2011 yang berlangsung di Kompleks Penyayang Sungai Petani Kedah dengan diiringi 12 orang kakitangan RSK Kangar termasuk Timbalan Penguasa, Pn Hajjah Fatimah Bt Othman. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan berlangsung sehingga jam 2.00 petang. 5 orang wakil penghuni telah mengambil bahagian di dalam pertandingan karom, anyaman ketupat, congkak dan bowling padang.

Tema Hari Warga Tua pada tahun ini adalah Sihat. Positif. Aktif: Warga Emas Sejahtera.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PLK UUM

1/10/2011 (Sabtu)- 10 orang pelajar Pengajian Luar Kampus, telah mengadakan program pembangunan masyarakat yang merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi syarat pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, Universiti Utara Malaysia.

Antara aktiviti-aktiviti yang dimuatkan adalah sesi suai kenal, gotong-royong, sukaneka dan gubahan buah-buahan serta anyaman. Program ini berlangsung sehingga 4 petang dan berakhir dengan upacara penyerahan cenderahati.

Thursday, September 29, 2011

PROGRAM AMAL JARIAH KAD BANK ISLAM

30/9/2011 (Jumaat) - Pihak Bank Islam cawangan Kangar telah mengadakan sebuah Majlis Penyerahan Sumbangan Amal Jariah sebanyak RM5, 000.00 kepada Rumah Seri Kenangan Kangar yang diwakili oleh En. Muhammad Yusri Saidin dan En. Alimin Darus. Pihak RSK Kangar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Islam yang prihatin dengan keperluan penghuni warga emas yang disisihkan dan diabaikan waris di sini.

LAWATAN KE PASIR PANJANG SEGARI & TELUK BATIK





29/9/2011 (Khamis) - Seramai 18 orang penghuni sihat dengan diiringi oleh 12 orang kakitangan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Penetasan Penyu di Pasir Panjang dan Teluk Batik, Lumut, Perak. Program rekreasi penghuni ini diadakan setiap bulan bagi mengisi masa lapang dan menghilangkan rasa bosan dikalangan warga emas.

Friday, September 23, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA RKK ARAU





23/9/2011 (Jumaat) - Seramai 10 orang penghuni dan 3 orang kakitangan pengiring telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka RKK Arau sempena menyambut Syawal yang dihadiri oleh Seluruh warga JKMN Perlis.

Thursday, September 22, 2011

HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PERLIS





22/9/2011 (Khamis) - Kumpulan Inovasi RSK Kangar telah menyertai pameran Hari Inovasi Peringat Negeri Perlis yang telah berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Menteri Besar Perlis, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu turut mengunjungi Hari Inovasi dan singgah di booth RSK Kangar untuk melihat ciptaan E-Chair oleh Kumpulan Kreatif dan Inovasi RSK Kangar.

MAJLIS RAHMAT SYAWAL








22/9/2011 (Khamis) - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah mengadakan sebuah Majlis Rahmat Syawal yang berlangsung di Rumah Residensi, Kangar. Kakitangan RSK turut terlibat menjaga booth-booth makanan. Y.B Menteri Besar Perlis Dato Seri Dr Mat Isa Sabu adalah antara yang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Saturday, September 17, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH UNIMAP

18/9/2011 (Ahad) - Seramai 22 orang penghuni telah dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma sempena Festival Konvokesyen ke-6, Universiti Malaysia Perlis yang bertempat di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar. Kemudahan pengangkutan turut disediakan oleh Unimap, dan penghuni diiringi oleh 4 orang kakitangan bertugas. Pihak RSK Kangar sangat berterima kasih atas kesudian dan ingatkan Unimap dalam memastikan tahap kesihatan penghuni kami sentiasa di dalam keadaan baik.

MAJLIS TAHLIL DAN AQIQAH

17/9/2011 (Sabtu) - Seramai 9 orang penghuni sihat telah dibawa untuk menghadiri Majlis Tahlil dan Aqiqah di rumah Ustaz Jeffri A. Mukhti, Pembantu Hal Ehwal Agama Islam RSK Kangar yang bertempat di Taman Sri Seberang, Pendang, Kedah. Penghuni diiringi 3 orang kakitangan bertugas.

Thursday, September 15, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA RSK KANGAR













13/9/2011 (Selasa) - Sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di RSK Kangar yang dianjurkan oleh Y.B Datin Seri Dato' Shamsiah Bt Md Yasin, selaku pengerusi Lembaga Pelawat dengan kerjasama RSK Kangar telah diadakan untuk meraikan penghuni-penghuni warga emas di sini. Antara jemputan yang hadir adalah Datuk Seri Shahidan Kassim, Encik Yap Hock Siew, pelajar-pelajar Institut Perguruan Perlis, kakitangan dan penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau, kakitangan JKMN Perlis, penghuni Rumah Anak Yatim dan kakitangan serta penduduk setempat. Namun kebanyakan kakitangan JKMN Perlis tidak dapat menghadiri majlis ini kerana terpaksa bertugas membantu mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir.

Friday, September 9, 2011

PROGRAM PENGERAT KASIH SAYANG TERAS PERHUBUNGAN HARMONI

video



video


9/9/2011 (Jumaat) - Seramai 49 orang pelatih dari Kolej Kejururawatan Kangar, Biro Kebajikan masih meneruskan program lawatan sambil belajar untuk hari kedua yang memuatkan aktiviti senaman pagi bersama warga emas dan sesi berkaraoke dan persembahan dari para pelatih.

SUMBANGAN DARI PERSATUAN SHENG BIOW KEONG





9/9/2011 (Jumaat) - AJK Persatuan Sheng Biow Keong, Jejawi telah hadir ke RSK Kangar menyumbangkan beras, kopi, maggie, kopi, nestum, air mineral dan biskut unutk kegunaan penghuni.

RUMAH TERBUKA KAKITANGAN

9/9/2011 (Jumaat) Seramai 10 orang penghuni sihat dengan diiringi 4 orang kakitangan RSK Kangar telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh atendan kesihatan Pn. Noorma Bt Ahmad yang bertempat di Taman Emas, Beseri pada jam 3.00 petang.

Thursday, September 8, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RSK KANGAR





8/9/2011 (Khamis) - Seramai 49 orang pelatih dari Kolej Kejururawatan Kangar, Biro Kebajikan telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar. Program yang bertemakan "Pengerat Kasih Sayang Teras Perhubungan Harmoni" ini bertujuan menghargai warga emas, meningkat mutu kesihatan penghuni dan pengetahuan mengenai pengurusan warga emas di institusi ini.