Khamis, 29 Disember 2011

KURSUS KEWANGAN

28-30/12/2011 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Kewangan di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Seramai 30 orang kakitangan RSK Kangar telah menyertai kursus ini.

Selasa, 27 Disember 2011

EN. SHUKOR ABD RAHIM MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH





23/12/2011 – Atendan Kesihatan, En. Shukor Abd Rahim telah mengalami kecederaan serius semasa melakukan kerja-kerja pembersihan dihalaman rumahnya kerana terjatuh dari sepohon pokok. Beliau kini sedang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Walaupun beliau sudah mula sedar, kecederaan di kepala dan sedikit pendarahan di otak membuatkan ingatan beliau masih belum pulih sepenuhnya. Bagi kakitangan yang ingin melawat, beliau kini ditempatkan di HSB Tingkat 3, Wad 3C Kenanga.

Seluruh warga RSK Kangar mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Sabtu, 24 Disember 2011

TAKLIMAT SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM




22/12/2011 - Sesi taklimat Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi semua kakitangan RSK Kangar telah berlangsung di bilik mesyuarat RSK pada jam 3.00 petang.

Pn. Nordiana Md Saad membuat ucapan perpisahan kerana akan melanjutkan pengajian ke Kolej Pergigian Pulau Pinang.

HARI INOVASI & HARI KELUARGA JKMN PERLIS TAHUN 2011










17/12/2011 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis telah menganjurkan Hari Inovasi bersama Hari Keluarga JKMN Perlis yang bertempat di Taman tema, The Carnivall Sungai Petani Kedah. RSK Kangar telah dipertanggungjawab sebagai urusetia majlis ini dan seramai 18 orang kakitangan RSK Kangar telah membanting tulang menjayakan majlis ini.

Sabtu, 10 Disember 2011

KURSUS FAIL MEJA & MANUAL PROSEDUR KERJA


12-13/12/2011 - Pentadbiran RSK Kangar telah menganjurkan sebuah kursus fail meja dan manual prosedur kerja dengan kerjasama Institut Tadbiran Negara (INTAN) Sungai Petani dan Kolej Komuniti Arau kepada kakitangan RSK Kangar. Kursus ini bertempat di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Arau, Jejawi.

KEM PEMBANGUNAN INTERGRITI SIRI II

9-11/12/2011 - 11 orang kakitangan RSK Kangar telah terpilih untuk menyertai Kem Pembangunan Intergriti Siri II tahun 2011 yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling dan Psikologi JKMN Perlis yang bertempat di Sedim Rainforest Resort, Kulim Kedah.

KURSUS KOMPUTER & HRMIS









5-8/12/2011 - Pentadbiran RSK Kangar telah menganjurkan sebuah kursus Sistem maklumat pengurusan sumber manusia (HRMIS), microsoft powerpoint, pembinaan e-mail dan asas pengunaan komputer kepada kesemua kakitangan RSK Kangar yang berjumlah 64 orang secara berperingkat. Kursus ini telah diadakan di makmal komputer, Kolej Komuniti Arau, Jejawi.

Jumaat, 2 Disember 2011

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433H








1/12/2011 - Biro Agama Islam RSK Kangar telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1433H yang bertempat di Dewan Seri Kenangan yang memuatkan program ceramah oleh Ustaz Massaudi Bin Haji Din dan Ustaz Mohd Sabri Bin Haji Din. Program ini telah mendapat sambutan dari seluruh kakitangan dan penghuni RSK.

PROGARAM KELUARGA @ KERJA (PARENTING @ WORK)



 
30/11/2011 - Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia telah mengadakan Parenting@Work yang bertempat di Putra Brasmana Kuala Perlis. Seramai 3 orang kakitangan RSK Kangar telah menyertai kursus ini.