Isnin, 30 April 2012

LAWATAN SILATUL RAHIM DAN KHIDMAT MASYARAKAT PJM







29/4/2012 - Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Negeri Perlis dengan kerjasama Jururawat Pesara (Golden Evergreen Group) telah membuat lawatan silatul rahim dan khidmat masyarakat.

Ahad, 29 April 2012

SAMBUTAN HARI VETERINAR SEDUNIA


28/4/2012 - Sambutan Hari Veterinar Sedunia telah dianjurkan oleh JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PERLIS. World Veterinar Day (WVD) atau dikenal dengan hari veteriner sedunia merupakan hari kedokteran haiwan yang diperingati setiap tahunnya, yakni pada setiap hari Sabtu di minggu terakhir bulan April. Tahun 2012, WVD jatuh pada hari Sabtu 28 April 2012. Seramai 7 orang penghuni dan 3 orang kakitangan telah dijemput untuk menghadiri program ini.

Khamis, 26 April 2012

PROGRAM MESRA RAKYAT

26/4/2012 - Seramai 6 orang kakitangan RSK Kangar telah mengikuti Program Mesra Rakyat 2012, Biro Pengaduan Awam yang telah berlangsung di Kompleks D'Mara, Behor Temak, Perlis.

LAWATAN DARI INTAN SUNGAI PETANI





25/4/2012 - Perserta Kursus Pembangunan Sahsiah dari Institut Tadbiran Negara, Sungai Petani telah mengadakan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar.

Rabu, 25 April 2012

MERAIH PAHALA MELEBUR DOSA




24/4/2012 - Biro Agama Islam RSK telah menganjurkan sebuah kuliah dibilik mesyuarat dengan menjemput Ustaz Helmi Bin Abdullah untuk memberi ceramah bertajuk "Meraih Pahala Melebur Dosa" yang dihadiri oleh seluruh kakitangan bertugas dan penghuni warga emas yang sihat.

Sabtu, 21 April 2012

BANTUAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA








20/4/2012 (Jumaat) - Seramai 73 orang warga emas di RSK Kangar telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diserahkan oleh S.U.K Negeri Perlis bersama Y.B Dato' Seri Shahidan Kassim dan pengerusi Lembaga Pelawat RSK Kangar.

MAJLIS PERPISAHAN JURUPULIH ANGGOTA






20/4/2012 - Pentadbiran RSK Kangar telah menganjurkan sebuah majlis perpisahan kepada Cik Nur Hidayah Hambali, jurupulih anggota dari unit klinik RSK yang telah berpindah ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak darul Ridzuan. Majlis turut dihadiri pelajar-pelajar praktikum dibawah seliaan beliau.

Selasa, 17 April 2012

LAWATAN KOLEJ JURURAWAT MASYARAKAT KANGAR




16-18/4/2012 (Isnin - Selesa) - seramai 35 orang pelatih jururawat Kolej Jururawat Masyarakat Kangar telah mengadakan lawatan ke RSK Kangar bagi memenuhi keperluan pengalaman dalam jagaan warga tuan.

Sabtu, 14 April 2012

KONVOI AMAL SB BIKERS






14/4/2012 - Sabak Bernam Bikers telah menganjurkan sebuah Konvoi Amal ke RSK Kangar dengan tema "Bikers Prihatin".

FIESTA PENYAYANG KANAK-KANAK KEMAS PARLIMEN KANGAR









14/4/2012 - Persatuan Kebajikan Penyayang Bahagian Kangar bersama KEMAS negeri Perlis telah menganjurkan Fiesta Penyayang Kanak-Kanak KEMAS Parlimen Kangar di RSK Kangar yang memuatkan pertandingan jigsaw puzzles, mewarna dan nyanyian. Fiesta Penyayang ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis Dato Dr. Mat Isa Bin Sabu, turut hadir bersama Y.B Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan YB Jamil Saad.

Ahad, 8 April 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT






7/4/2012 - 40 orang pelajar dari Pusat Sumber Pendeta Za'ba, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang Kedah dengan diseliakan oleh En. Halim, pn. Sofia, Puan Zulfa, En. Najmuddin bersama-sama Pengerusi PIBG En. Abdul Hamid telah mengadakan program khidmat masyarakat di Rumah Seri Kenangan Kangar.