Sabtu, 29 Disember 2012

BENGKEL AURA WANITA 2012









29/12/12 - Kakitangan RSK Kangar, Pn. Romlah Diman dan Pn. Ku Salwa Ku Bahari bersama 3 orang penghuni warga emas telah menyertai Bengkel Aura Wanita 2012 yang bertempat di Dewan Wawasan, Kangar yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis (RTM, Perlis FM) sebagai sebuah projek amal membantu Palestin. Antara program yang dimuatkan adalah demo masakan oleh Chef Kamarul, pertunjukan fesyen, ceramah motivasi, konsert amal Airmata Palestin oleh artis seperti M.Nasir, Heliza, Nash, Farah Asyikin.

Rabu, 19 Disember 2012

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2012

18/12/2012 - Seramai 10 orang penghuni dengan diiringi 3 orang kakitangan telah dibawa ke RKK Arau untuk meraikan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012.

Sabtu, 15 Disember 2012

HOME HELP SERVICES JKM


15/12/2012 - Seramai 40 orang sukarelawan JKM peserta Kursus Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) di Hotel Seri Malaysia, Kangar telah mengadakan lawatan sambil belajar di RSK Kangar yang diseliakan oleh En. Mohd Sabri bin Saad.

Isnin, 10 Disember 2012

KEMBARA ILMU KPWKM







9/12/2012- YB Noriah Kasnon, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bersama 30 orang peserta Kembara Ilmu telah mengadakan lawatan di RSK Kangar. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor dengan diiringi Tuan Pengarah En. Abdullah Ali dan Tuan Penguasa En. Manab Mehat beramah mesra bersama semua penghuni disamping makan tengahari bersama.

KENDURI DI RUMAH PEMBANTU TADBIR (PEKERJA SINGKAT)

8/12/2012 - Seramai 14 orang penghuni RSK Kangar telah dibawa menghadiri majlis kenduri perkahwinan Pembantu Tadbir (Pekerja singkat) Pn. Nadzirah Bt Rosli di Mata Ayer, Perlis.

Ahad, 2 Disember 2012

KENDURI DI RUMAH TIMBALAN PENGUASA

1/12/2012 - Seramai 16 orang penghuni RSK Kangar telah dibawa menghadiri majlis kenduri perkahwinan di rumah Timbalan Penguasa RSK Kangar, Pn. hajah Fatimah Bt Othman di Alor Setar.

Sabtu, 1 Disember 2012

HARI INOVASI 2012

27/11/2012 - Seramai 10 orang ahli kumpulan Inovasi dan ahli Edible Garden RSK Kangar telah mengikuti majlis Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang bertempat d City Bayview Hotel, Penang.

Program ini  dirasmikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dengan tema Inovasi Mengubah Dimensi. Program adalah satu usaha JKM untuk meningkatkan budaya inovasi sejajar dengan agenda transformasi negara yang berpaksikan penghasilan mutu perkhidmatan yang berinovatif dan kreatif.

Pengiktirafan diberikan kepada warga Jabatan sempena Pertandingan Anugerah Inovasi JKM Tahun 2012 adalah:

i). Pertandingan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).

ii). Pertandingan Anugerah Inovasi. Pengurusan Perhubungan Pelanggan (AI3P).

iii). Pertandingan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan komunikasi (AIICT).

iv). Pertandingan Anugerah Inovasi Keceriaan Institusi.

v). Pertandingan Anugerah Inovasi Edible Garden Institusi.

vi). Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK).

vii). Pertandingan Inovasi.

Pemenang keseluruhan bagi Anugerah Inovasi tahun ini dirangkul oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.