Isnin, 31 Mac 2014

MAJLIS PERPISAHAN DAN MERAIKAN KAKITANGAN BARU






31/3/2014- Pentadbiran RSK Kangar telah menganjurkan sebuah majlis perpisahan kepada Penolong Pegawai Psikologi, Pn. Rosmawati Abdul Majid yang kembali bertugas di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dan meraikan kedatangan Jurupulih Perubatan (Anggota), En. Mohd Farhan. 

Rabu, 19 Mac 2014

LAWATAN PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY




























19/3/2014 - Prince of Songkhla University, sebuah universiti tertua di Selatan Thailand yang ditubuhkan sejak 1967 telah mengadakan sebuah lawatan sosial ke Rumah Seri Kenangan Kangar dengan kerjasama dari pihak Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Rabu, 12 Mac 2014

LAWATAN DARI INTURA







11/3/2013 - Seramai 36 orang peserta  Kursus Pembangunan Sahsiah Siri 2/2013 bersama 5 orang urusetia dari Kampus INTAN Wilayah Utara atau INTURA telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar.

Selasa, 11 Mac 2014

KULIAH AGAMA BULANAN









 
10/3/2014 - Biro Agama Islam RSK Kangar menjemput Ustaz Mohd Rizal Azizan bagi menyampaikan kuliah agama bulanan bertajuk "Hutang" di bilik mesyuarat RSK Kangar yang dihadiri oleh semua penghuni sihat dan kakitangan bertugas pada hari tersebut.

Ahad, 9 Mac 2014

LAWATAN KE RSK BEDONG























8/3/2014- Lembaga Pelawat RSK Kangar bersama 20 orang penghuni dan 5 orang kakitangan RSK Kangar termasuk Tuan Penguasa telah mengadakan lawatan ukhwah ke RSK Bedong. Sebagai salah satu aktiviti riadah, penghuni turut dibawa ke kawasan rekreasi Tanjung Dawai.