Selasa, 30 September 2014

LAWATAN SMK BATU 8, SIK KEDAH






 
30/9/2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8, Sik, Kedah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RSK Kangar sebagai satu program bagi memupuk sikap prihatin dan hormat kepada warga emas. Seramai 40 orang pelajar dengan diiringi 4 orang guru telah menyertai lawatan ini.

WACANA KERJA JKMN PERLIS







29/9/2014 - Sebuah program Wacana Kerja JKMN Perlis telah dianjurkan oleh unit kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis di bilik mesyuarat yang disertai oleh 10 kakitangan. Manakala Tuan Penguasa, En. Manab Mehat telah dijemput sebagai penceramah dalam program ini.

Isnin, 29 September 2014

PROGRAM SIRI PROMOSI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA ZON UTARA



 
28/9/2014 - Sebuah Seminar Siri Promosi Persijilan Kemahiran Malaysia Zon Utara telah berlangsung di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar. Seramai 6 orang kakitangan RSK Kangar telah dijemput untuk menghadiri seminar ini.

Rabu, 24 September 2014

PESTA PANTUN TERBUKA PERLIS 2014

  
23/9/2014 - RSK Kangar telah mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis dalam peringkat saringan Pesta Pantun Terbuka Negeri Perlis 2014 yang bertempat di auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis diwakili Pn. Nazira Othman, En. Nahairul Nayan dan Pn. Rusmiza Ramli.

Ahad, 21 September 2014

LAWATAN HOSPITAL TUANKU FAUZIAH











 
20/9/2014 - Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Fauziah telah mengadakan sebuah lawatan ke RSK kangar dan menganjurkan sebuah ceramah mengenai kebersihan penghuni, persembahan tarian anak-anak kakitangan, jamuan dan sesi ramah mesra.

Selasa, 16 September 2014

PROGRAM RAKAN MUDA MY CAMP









16/9/2014 - Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kerian, Perak telah menganjurkan Program Rakan Muda My Camp di RSK Kangar yang disertai oleh 40 orang remaja bawah 18 tahun bagi memupuk rasa kasih sayang dan hormat kepada warga emas.

Ahad, 14 September 2014

MAJLIS PERKAHWINAN KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PELAWAT











14/9/2014 - Seramai 7 orang penghuni dengan diiring 4 orang kakitangan RSK Kangar telah menghadiri majlis perkahwinan adik kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat JKMN Perlis Pn. Norazalilah Abdullah. Seterusnya mereka turut ke majlis perkahwinan anak kepada Dr. Haji Abdul Karim Abdullah yang merupakan ahli lembaga pelawat RSK Kangar. Membawa penghuni menghadiri majlis-majlis keramaian sebegini adalah sebahagian dari aktiviti riadah penghuni.

Khamis, 11 September 2014

SEMINAR KESEDARAN BAHAYA MEROKOK











11/9/2014 - Seramai 20 orang kakitangan telah menyertai Seminar Kesedaran Bahaya Merokok yang dianjurkan oleh Unit Klinik RSK Kangar di bilik mesyuarat RSK Kangar.