Sabtu, 27 Disember 2014

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERSEMBAHAN WAYANG KULIT


26/12/2014 - Sebuah majlis makan malam dan persembahan wayang kulit dari Seri Asun, Jitra telah dianjurkan oleh Lembaga Pelawat RSK Kangar kepada warga emas.

Ahad, 14 Disember 2014

LAWATAN KELAB WARGA EMAS LANGKAWI

 
20/12/2014 -6/12/2014 - Kelab Warga Emas Langkawi, dibawah anjuran Klinik Kesihatan Kuah telah menganjurkan sebuah lawatan sambil belajar ke RSK Kangar bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai institusi yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga tua yang tersisih. Seramai 40 orang warga emas telah mengikut program ini.

REKREASI PENGHUNI KE PERAK

 
13/12/2014 - Seramai 10 orang penghuni telah dibawa melawat tempat-tempat menarik di negeri Perak sebagai salah satu aktiviti riadah dan rekreasi. Penghuni diiringi oleh 4 orang kakitangan termasuk Tuan Penguasa.

Khamis, 11 Disember 2014

MAJLIS MAKAN MALAM KETUA INSTITUSI JKMM

 
11/12/2014 - Sebuah Majlis Tahlil dan Makan Malam sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Institusi dan Penyelaras Negeri Bahagian Warga Emas, JKMM telah dianjurkan di Dewan Seri Kenangan, RSK Kangar.